Quotation of the Day

: : destinasi akhir : :

27 Disember 2008 : Bandar Baru Bangi - Tanjung Piai.
Rest kejap kat Shell Station Alor Gajah Melaka.

Tanjung Piai National Park

Last Point : Tanjung Piai, adalah titik paling hujung Pantai Barat Semenanjung Malaysia. I was there at 6.15 pm, 27 Disember 2008. I have made such a great journey. Perjalanan ni tak plan pun, so that tak dapat bermalam di sana. Semua hotel kat pekan Pontian Kechil, Batu Pahat dan Muar full house. I drove back to BBB that nite. Haf way ngantuk sgt dan berenti tido kat Hentian Senawang. Masa tu jam 2 pagi. Sedar2 je pagi dah terang benderang kol 8 pagi.

"Jauh berjalan, luas pandangan" & I saw a lot of peoples, the life, ... perjalanan seterusnya ke Indonesia pada March 2009.

: : owhhh menantu : :

Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara sunti nya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan Maghrib berkumandang.. Pak Kasim mengajak Seman utk solat Maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "Takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak kasim takbir.. Seman ikut takbir... lalu Pak Kasim membaca surah al fatihah.. bismillahirrahmanirrahim... "Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim... ""Iisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim.. Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg barunak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling kebelakang untuk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. "Ish! Gila ke menantu aku ni??" Pak Kasim berjalan ke depan untuk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman... apesal yang ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "Ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau. Sampai kena berlari.."

: : kes tipu : :

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, adalah seorang orang asli yangtinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah, tinggallahseorang polis berjiran dengannya. Pada petang yang hening itu,berjalanlah orang asli tersebut kekedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah orang asli itu untuk berborak-borak. Dicari-carinya orang asli itu tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah orang asli tersebut dari bawah katil. Terkejut si polis kerana orang asli tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu.

bertanyalah si polis:
Polis: awatnya tidoq bawah katil?
Orang asli: saja... .nak tipu nyamuk.

: : misery at work : :

Whether you're an executive looking to establish a cultural cometitive, a manager trying to engage and motivate your people, or an employee searching for fulfillment in your work.

Baru beli semalam, dah nak habis baca. Best buku nih.

: : kasihnya ibu : :


Kat kampung baru ni batuk getting worst, nak cakap ngan orang pun susah. Macam campur aduk je cakap ngan batuk. Dalam sibuk2 tu, tak tau bila masa mak cari ubat batuk kat farmasi. Lepas minum ubat batuk, ok la sket. Skrg ni, kadang2 batuk la sket2 lagi. Mak pun bekalkan ubat tu. Terima kasih mak...
Si Danish ni, tangan dia patah bulan April lepas. Memang ada kesan jahit 'tulang ikan' kat lengan dia. Kita org risau je sebab dia sangat lasak langsung tak kisah tangan dia pernah patah.
Biasalah tu anak nombor dua...
Tetiba teringat plak, setiap kali aku pegi hospital melawat orang sakit, aku hampir pitam. Biasanya tak lama, masuk kejap je badan & muka akan berpeluh, pastu ilang fokus dan aku akan duduk kat kosi atau katil hingga keadaan stabil. Kalau la aku join program 'have a heart' tu... aduhaiiiii... i cant smell hospital, org luka, cucuk tak sana sini situ...

: : nasi roket : :


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Belum ada cerita lagi sekembali dari Seri Negeri. Cuma nak kongsi gambar nasi roket yang dihidangkan semasa kenduri di rumah pada 20 Disember lalu...

Beras yang di'lengat' kali pertama akan mengambil masa lebih kurang sejam. Yang ke dua pula 45 minit sahaja. Dulu2 guna kayu api sebagai bahan api, tapi sekarang ni dah guna gas masak. Dari pemerhatian saya lah, orang2 tua kat kampung masih menungguli masak nasi roket nih. Haru tu hanya nampak seorang saja golongan pertengahan yang membantu. Insha allah dia dapat meneruskan tradisi nasi roket ni.

Kelebihan nasi roket nih satunya tak berkerak, ke dua pula baunya agak wangi, ke tiga tak perlukan tenaga untuk 'kacau' nasi sedang mendidih.


: : kentut siapa : demmmm : :

Benarkah bau kentut pompuan mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh lelaki? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa aroma kentut pompuan boleh membantu kaum lelaki menurunkan tekanan melancarkan perjalanan darah.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau kentut pompuan yang sengaja " diproses" daripada pompuan yang tidak memakai underware digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung lelaki boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas idung puluhan lelaki berumur 35 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau kentut pompuan dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood lelaki yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh kentut pompuan tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian kentut tersebut ternyata dapat membuatkan lelaki menjadi kurang stress.....

dipetik dari majalah PA&MA.... Feb 2004...kalau tak caya.....


<<---------------------------------------------------------------->>

So kengkawan kalau tengah stress tu .....bolehlah cium kentut wife atau girlfriend. Bagi kaum hawa pulak,simpan bau kentut tu utk orang tersayang.

Moral of the Story
So kalau laki dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bau kentut wife anda..yang ya rabbi mmg tahap geduak tu insyaallah mood anda akan ok ha.ha...ha. ... selamat mencuba...


Kepada para laki jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau kentut.

: : cakapppppp!!! : :

See if you can catch yourself complaining, in either speech or thought, about a situation you find yourself in, what other people do or say, your surroundings, your life situation, even the weather. To complain is always nonacceptance of what is. It invariably carries an unconsciuos negative charge. When you complain, you make yourself into a victim. When you speak out, you are in your power. So change the situation by taking action or by speaking out if necessary or possible; leave the situation or accept it. All else is madness.

---------------------------------
"CAKAP!!! BAHLOLLLL!!!"

: : realiti yang sengal : :

Malam tadi aku dijemput kawan2 NIOSH join annual dinner depa kat PICC. Makin ramai dah depa. Maknanya ramai juga staf baru depa yang aku tak kenal. Bila ada kesempatan bersalam dan tanya khabar, depa dok tanya aku dari region mana :)) Aku xNIOSH je keja kat Putrajaya. Dapat juga beramasa mesra dengan staf dari Sarawak & Sabah. Macam2 komen depa bila dah lama tak jumpa. Depa kata aku nampak ceria... kacak... mcm player... wow!!! ...dan sorang kawan dari KK nih siap tunjuk sms yang aku penah bagi kat dia mcm mana nak access email dari luar opis, maknanya kalau OS lah... Aku kata kat dia, ko salin sms ni on paper boh dalam wallet, kalau hp kaput tak la mengelabah nak cek email masa OS :D

Dinner malam tadi depa bayaq AC Mizal jadi MC dan Datuk M Daud Kilau menyanyi. Everything fine! AC memang kerja mcm pro. Tak de masalah langsung. Datuk nih orang tua yang lorat juga la, bad words sana sini selamba kodok je, pengetahuan am agak rendah... antaranya 'Tan Sri Lee Lam Thye ni menteri apa?' yang ni tak pa la kami boleh habaq kat dia sapa Tan Sri nih.

Tapi yang buat limpa aku nak pecah 'Saya pernah juga buat show di hotel satu kosong satu'. Aku memang lost habis masa dia sebut nama hotel tu. Tak lama lepas tu baru kawan aku bersuara 'IOI Resort Hotel ke Datuk?' Masa aku dengar IOI jiwa aku dah =)) hampir pecah limpa.

Syukur sangat2... pengetahuan am aku agak memuaskan :)

:D

'kenapa engkau senyum?'

'sebab aku mati dalam iman'

: : why so like that? why so like this? : :


Niat di hati memang nak balik sambut Aidil Adha kat Langkawi. Tetiba jam 5 ptg Jumaat bos call, ada meeting major system upgrade dengan client jam 6.30 ptg. Dushhhh!!!! Meeting mula agak lewat, hampir 7 mlm hingga 9 malam. Kami kena sediakan kertas bajet dan perancangan projek ni pada Jumaat 12 Disember 2008. Sebelum tu ada satu lagi discussion dengan sub cons dan client pada 11 Disember. Heheheh... big bosses terpaksa natal cuti panjang masing2, aku pun terpaksa batal hajat nak cuti panjang kat Langkawi.

Tengah hari Sabtu, 6 Disember mak aku call dari Langkawi. Pilu je dengar suara dia tanya aku. "Tak balik raya ka" aku tergamam nak jawap apa. Kebetulan adik-beradik lain pun tak balik raya kat Langkawi. Masing2 nak balik 20 Disember ni masa majlis kenduri kat sana. Tak lama tu aku pun kata "tengok malam ni" tapi aku pun tak pasti aku nak balik ke tak? Mana nak cekau duit hari Sabtu kan. Duit dalam akaun bank aku dah supply semua kat adik aku utk preparation kawain dia. Hanya adik aku yang tau sebab apa aku tak balik raya ni. Aku tak bagitau pun dengan mak, dah berapa bulan ni aku dok supply duit kat adik aku.

Hari raya tak ada pun aktivit ziarah dan beraya. Lepas balik solat raya, aku dan Mie tengok tv sambil2 memikir nak lunch kat mana, petang nak buat apa... Tengahari kami keluar cari kedai mamak yang buka. Semua pun tutup. Kami lunch kat McD baru sebelah PKNS Bangi. Lepas makan dan borak2 kami balik umah layan tv lagi sampai bosan. Aku pun check muve online... banyak muve dah tengok. Jadi kami nak tengok 'Bodies of lies' kat MV sebab parking murah sikit,

Masuk je parking MV, jam plak. Kami tonton muve kol 6 ptg. Aku rasa aku tak patut tengok muve ni... duit teket tu mcm menyokong musuh Islam perkecilkan pejuang2 Islam. Cilaka!!! org putih nih. Kalau ada kawan2 yang nak pegi tengok muve ni, tok sah lah!!!

aku punya



Habis nonton kami masuk butik PUMA sebab ada stock clearance sales. 50% up to 80%. Aku terjebak juga beli sepasang snickers 70%. Mie plak beli macam2... tapi tak cecah rm200. Dalam sibuk2 nak bayar tu... kami ternampak awek kaunter bayar pakai jeans evisu PUMA. Sempat tanya dia beli kat mana, berapa harga. Dia kata kat The Gardens ada less 20%. Sempat juga kami pegi tengok. Harga dalam lingkungan rm600++


Masa naik tangga bergerak ke tingkat 3, kami nampak pula butik Armani Exchange. Selepas PUMA kami ke A/X nak tengok sunglasses. Pun ada less 20%. Mie beli, tapi aku hanya cuba pakai saja. Tapi kalau aku tak supply duit kat adik aku, aku pun sambar juga satu :))


Jam 10 malam kami pun balik ke Bangi. Sebelum sampai rumah, kami singgah kat stall burger yang satu2 nya mengadakan urusniaga. Lama juga tunggu kat situ sebab ramai yang membeli.


Pagi tadi, Mie terima panggilan daripada keluarganya di Terengganu. Nenek Mie telah kembali ke Rahmatullah pada subuh tadi. Pagi tadi juga Mie memandu balik ke kampungnya. Aku hanya mampu sedekahkan Al Fatehah buat arwah. Doaku semoga rohnya sejahtera di sana.


Esok aku akan mula kerja ...

Opssss nape tetiba jadi konpius plak nih :-? biarlah malas nak fikir dah

: : a/x : :

nak juge!!!












: : mini hrc : :

Semalam aku tambah satu lagi koleksi t-shirt HRC. Yang terbaru ni daripada HRC Bali. Kirim kat member je. Kesian plak kat housemate aku nih, dia punya tertinggah kat Bali. Pagi tadi dia survey teket air asia semata-mata nak pi Bali beli t-shirt HRC yang dia nak tuh. Aku cadangkan dia beli online jer...



Semua2 pun kirim dengan kawan juga. Ada sorang adik kawan ni, dia kerja kapal MISC so, mana2 pelabuhan dia singgah, kalau sempat dia akan belikan. FREE lak tuh... tapi kapal dia tak singgah Hollywood hew hew hew.
Lepas ni nak beli satu rack utk koleksi HRC :D [giler ke hapa nih]


: : laksa redup rimba : :


Petang tadi sempat pi makan laksa redup. Ekceli dah lama tak penah pi makan laksa di sana. Lokasi masih sama, tapi meja2 kat tepi jalan saja. Dah tak boleh pasang meja bawah pokok hak milik UKM katanya. Tapi yang tak puas hati nya... hanya kawan tu je yang dipagarnya...


stall dulu jugak la. pagar jaring tu baru je pasang masa bulan posa lepas.
laksa & cendol puluit

boleh buka 6 meja je

dulu2... meja pasang bawah pokok2 tu lah...

: : tagged : :

masih mampu senyum walau dah tengah malam,
perut pun lapar... demi mencari rezeki halal

* 7 Fakta tentang anda
-anak no 2 of 5

-bujang
-ada rumah hantu
-dagu lekuk
-kerja swasta
-tahi lalat kat tapak tangan kiri
-lahir di Langkawi

* 7 Nama pangilan anda
-man

-anome
-azman
-adik
-pak ngah
-anak man
-baman

* 7 perkara yang b'harga
-diri sendiri

-keluarga
-kawan2
-kerja
-hadiah
-pengalaman & ilmu
-harta benda sendiri

* 7 perkara yg menakutkan anda di dunia ni
-tuhan-lawan cakap mak, bapa, tok

-'quicksand'
-nak kena bunuh
-lost control
-system failure
-sekatan jpj he he he sebab silverferio jahat

* 7 Lagu yang punya kenangan @ memberi kesan mdalam pd anda
-bangau oh bangau ke ke ke

-i am alive
-flying withou wing
-teguh
-through the rain
-sunyi
-isabela

* 7 Ayat yg kerap disebut oleh anda
-bolehhh

-jum bincang kejap!
-ok i'll come back with answer
-baikk.. baik...
-jgn risau
-please bla... bla... bla...
-bila boleh?

* 7 Perkara yg Buat anda bkecil hati
-peket gula ilang, tikus curik

-org buang proposal dlm tong sampah depan mata... mcm sampah
-
-
-
-
-

* 7 cara memujuk anda (agaknya laaa....)
-peket gula hotel :))

-mini cooper s
-polo shirt kuda besar
-emisu jeans
-tshirt hrc
-tiket flight pi new zealand
-boxer

* 7 perkara pertama anda
- drive keta sendiri 1997

- beli rumah 1996
- sampai KL 1987
- terbang ke penang 2000
- panjat 4000++ anak tangga Gunung Raya 2000
- dok asrama 1987
-

* 7 mangsa seterusnya yg harus di TAG
- org minyak

- gaban
- otromen
- marsha af3
- zorro
- penyapu
- kambing

langsai sudah hutang Sue

: : hari cutiku : :


Hari ni cuti lagi. Lepak kat rumah saja. Rehatkan silverFerio dendiam kat bawah tu. Nasib baik sF ada teman-teman kat bawah tu.
Terjaga tido pagi tadi aku SMS Kak Nor & Boss, nak cuti. Lagipun semalam dan hari ni memang tak de apa nak buat kat opis. Aku cuma kena make sure sistem tip top. Pagi tadi call JPN minta depa update status. Alhamdulillah, tip top. Petang nanti aku call lah sekali lagi. Lepas tu baru la boleh report kat Boss hehehe.
Setelah hampir setahun kerja di JPN Project Site... aku cuba berkomunikasi dengan semua pihak. Boss, sub ordinate, vendors, clients... bukan apa cuma nak mereka dapat info terkini, buat mereka rasa mereka ada kepentingan, supaya mereka rasa happy.
Masalah memang ada. So, bila ada masalah mereka perlu tahu, mereka pun sama-sama kena bertanggungjawab. Tanggungjawab aku let them alert masalah yang timbul. Dalam masa yang sama kena selesaikan masalah. From time to time aku akan update the current status pada semua pihak. Biarlah depa anggap sampah ke apa ke... at least depa tau aku buat kerja. Jangan depa salahkan aku sudah la. Lagipun... mereka mungkin ada idea lain yang boleh membantu.
Baiklah... nak sambung tido sekejap ;)

: : no problemo : :

Focus your attention on the Now and tell me what problem you have at this moment.

I am not getting any answer because it is impossible to have a problem when your attention is fully in the Now. A situation that needs to be either dealt with or accepted - yes.

Why make it into a problem? Why make anything into a problem? Isn't life challenging enough as it is? What do you need problem for?

Whwn you create problem, you create pain. All it takes is a simple choice, a simple decision: no matter what happens, I will create no more pain for myself. I will create no more problems. It is a simple choice. You won't make that choice unless you are truly fade up with suffering, unless you have truly had enough. If you create no more pain for yourself, then you create no more pain for others.

~the power of Now

: : its Monday : :

It's just another manic Monday
I wish it was Sunday
'Cause that's my Funday
My I don't have to runday
It's just another manic Monday.

its fun anyway... away from office...

: : alaaaa kassim : :

: : pagi hari minggu : :

Kol sembilan pagi, aku masih tidur berselimut. Henpon tepi bantal ringing, alaaa boss call plak. Sure sistem aku problem nih. Tapi malam nak angkat. Pass tu terima sms dari boss, filenet problem. Aku pun bangun buat phone call ke comman center, minta update daripada operator. Depa dah cuba prosidur biasa, tapi masih problem jua... Then aku call vendor untuk dapatkan technical support.

Aku update bosses dan siap2 lah nak ke JPN. Opis aku 2nd floor kosong je. Biasanya kalau weekend, semua buat kerja dari Command Center 4th floor.


Workstation aku pun kemas je ;) sebab semuanya aku simpan dalam laptop nih. Seminngu sekali aku akan buat housekeeping dan backup ke external hard disk. This is to make sure... walaupun laptop aku kaput, aku masih boleh dapatkan resources untuk aku buat kerja.

small time boss :D



Mana la vendor nih... lambat!!!! lepas ni aku nak pegi mega shopping kat KL plak. 28 Nov claim masuk liew.... GUESS wat sale kat Park Royal Hotel yeehaaaaaa :)) MEGA SALE pun dah mula...

: : hak milik tuhan : :



Tiap-tiap Makhluk Ada Haknya : : Alif Mokhter : :

Cuba perhatikan sebuah cerita
Seekor beruk pemanjat kelapa
Makannya cukup dipelihara sempurna
Petang petang aku bermain dengannya

Dia akulah selalu perolok-olok
Pada makanannya yang tak pernah berlauk
Lada bertumbuk sengaja ku tukok (tokok)
Agaknya pedas taklah lama kat tembolok

Dicebirnya aku kononnya marah
Aku tak pula mengambil kisah
Besok lagi lauk ku tambah
Datukku tahu menyebabkan aku dibelasah

Taklah kat itu saja ceritanya
Satu kali beruk itu terlepas dari tambangannya
Akan hal aku tak sedar perkaranya
Balik kat rumah aku bak biasa saja

Demi terbuka aja pintu rumah
Sang beruk lebih dulu menjengah
Aku diterkamnya dan bergulung ke tanah
Kaki tangan ku berdarah-darah kena kunyah

Sebulan aku merengkok kat hospital
Kat beruk aku katakan sial
Salah aku tidak aku jadikan soal
Dendam beruk tetap selamanya kental

Ini adalah dua makhluk Tuhan
Bersama-sama di dunia dihidupkan
Kat beruk akal Tuhan tiadakan
Manusia tegal akal meningkat kemajuan

Kenapa manusia lupa diri
Beruk dipasung diperhamba digari
Dendamnya berbalas masih disalahi
Ini satu kisah mestilah diperhati

Aku sengaja rakamkan kisahnya
Walau dah lama kat aku terjadinya
Agar sedia disedari pembaca
Sesama makhluk usahlah ianya menganiaya

Binatang manusia air dan kayu
Milik Tuhanlah semua itu
Keperluan masing-masing ada di situ
Insan yang berakal kenapa tak tahu

Oh Tuhan ampunilah daku
Kerana binatang ku perolok-olokkan dulu
Kalau kekal sejak itu dosa ku
Rugilah aku di sepanjang waktu

Oh Tuhan Yang Pengasih Penyayang
Pada mu ku perhambakan diri malam dan siang
Selagi hidup hingga ajal menjelang
Taatkan suruhan Mu takkan ku bangkang

Aku takutkan siksa dari mu
Di alam dunia yang penuh pujuk rayu
Di alam barzakh hingga ke alam kita bertemu
Siksa yang ditakuti itu jauhi

: : sketsa chenta : :

Baru ni beli CD May... suara Mus ni menten je. ROCK!!!!

: : main pistol pistolan : :

This is my conceptual design. I need 2 to 4 hours to prove that my design is practicable.

Ahad lepas aku terima email dari client. Dia tembak ramai org, including me. Tak kisah lah, depa bayar quite mahal juga. Tapi... dalam meeting dah setuju dengan implementation plan. Disebabkan client tak boleh nak ikut plan, depa tembak semua.

Kamu nak nama kamu gah, kamu tembak sana sini. Kamu mengelabah apa hal.... Awasi langkah kamu supaya tak pincang. Kalau kamu nak nama, jom kita kerjasama. Kita ikut documented plan yang kita sama2 persetujui. Lets start, kalau aku gagal kamu tembaklah...



: : jendela 1716 : :

Bilik 1716 Holiday Villa, Subang
pagi oren


Masuk je bilik ni rasa macam ada penghuni lain. Tapi tak nampak. 2 katil buat aku saspen sket. Bila tido aku akan membelakangkan katil satu lagi. Tapi malam pertama aku mamai seperti ditindih sesuatu, mungkin penghuni yang aku rasa masa mula masuk bilik. Dia tido katil satu lagi. Mungkin masa tu dia nak terkucil sesangat dan dia langkah katil aku lalu terjatuh atas aku semasa berlari nak masuk bilik air. Malam kedua tiada apa apa kejadian...

: : pekan kajang : :


: : jemput makan : :

Nasi minyak + baked salmon + grill kaki kambing @Shangrila KL

Mee goreng mamak @Impian Maju

Kacang pool @Kopitiam Kawan

Cucur udang, goreng pisang @Cafe JPN



: : hello kawan : :


Baru je sampai rumah, malam tadi ada event (pesta dangdut) kat Teluk Kemang PD. Pesta habis kol 2 pagi, terus kemas equipments dan borak2 ngan ceweks Indonesia & budak2 Melayu mabuk togok air kencing setan laknat. Kesian betui tengok nasib depa2 nih kerja ngan boss India. Alhamdulillah... majikan2 aku sekarang dan sebelum2 ni Melayu yang tau hukam hakam & halal haram.

Hari ni hari minggu, kat Litar Sepang ada perlumbaan A1GP. Kalau boleh bangun awal, nak la pegi sebab ada complimentary tickets dok kat grandstand. Saya mau titun lah... Selamat berhari minggu untuk semua :D


: : cuba - Faizal Tahir : :

Check this out.
This is a REAL neurological test. Sit comfortably and be calm.


1- Find the C below. Do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If y ou already found the C, now find the 6 below.
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999699999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

3- Now find the N below. It's a little more difficult..
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke.
If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist.
Your brain is great and you're far from having Al zheimer Disease. Congratulations!

: : aduii kena lagi : :

: : Undeng-undeng nya : :

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture.
5. Tag zero people to do this.


Kali ni nak langsaikan utang mr beab, fuzzlle. Pic nih sekali shot je... apa nak jadi pun jadilah. Nasib aku agak baik sebab berbaju...

Nak tag Kajol jer...


: : kawan : :



Petang tadi kawan lama call, kawan kenal masa kerja kat NIOSH dulu. Sedar tak sedar dah lapan tahun kami kenal. Kami mula rapat bila sama-sama build up NIOSH Bintulu. Daripada survey lokasi hingga siap pejabat tu. Pengalaman paling bermakna sepanjang aku di NIOSH. Projek-projek seterusnya Johor, Terengganu, Kuching dan akhir sekali Kota Kinabalu pada Januari 2007. Tapi kami berlainan jabatan, dia pengurusan projek dan aku IT. Kami mudah bekerja bersama-sama. Tapi dalam kerja tak de more or less, tak puas hati berperang mulut juga. Tapi hanya dalam kerja, luar waktu kerja kami lupakan pasal kerja. Kawan-kawan lain naik hairan macam mana aku boleh ngan after office hour. Mungkin sebab tu... kami saling berhubung, minum kopi dan kongsi cerita kehidupan...

Sepanjang kami kerja di bawah satu bumbung, kerap juga dia ajak aku bersama dalam pengurusan projek. Cuma aku tak berminat kerja dengan dia sebab dia jenis baran sket. Kadang-kadang kesian je tengok staf dia. Better not lah. Setiap kali kami jumpa minum kopi dia masih lagi offer aku kerja. Cuma sekarang ni aku saja kata, kalau post MANAGER aku nak!!! kendian sama-sama gelak.

Setelah sekian lama tak jumpa, petang esok kami rancang nak jumpa dan minum kopi macam dulu-dulu sambil bercerita tentang kehidupan masing-masing.

: : say yeahhh : :

Say 'yes' to life
- and see how life suddenly starts working for you rather than against you.


say yeahhhh :))

: : makan time : :

Ni lah menu makan tengah hari lepas acara akad nikah adik. Selera kampung tu... entah kenapa hidang kami ada dia pinggan ulam2 rebus lawan ngan sambal belacan. Apa nak dikata. Kalau lah nasi nya ok hari tu... tambah sakan la aku. Gulai lemak terung ikan masin pun layan juga. Cuma ayam masak merah je terpinggir sket.

Tapi hari tu, semua orang pun macam dah tau aku tak balik masa majlis kat Langkawi nanti. Susah aku nak jawab. Raya haji kena balik juga sebab tok suruh balik. Hmmm... bertuah sungguh cucu dia nih.






: : istana kellie : :

Dalam perjalanan ke Penang 15 Nov. lepas aku sempat melencong ke Batu Gajah just because nak pukul gambo Istana Kellie. Dah banyak kali nak singgah, cuma masa dan keadaan je tak ngam.

Penang Bridge skrg ni under construction. UEM dok tambah lagi satu lane motor kiri kana jambatan.

Sampai je Sg Ara Penang anak2 buah masih lom bangun... aku yang kejutkan dia org. Ain ni susah nak ngan ngan org yang dia jarang jumpa. Danish & Akmal ok je.

: : Azmil & Hasni : :

Selamat Pengantin Baru

Azmil Ahmad (adik bongsu)
&
Siti Hasni Jaafar


Mereka selamat dinikahkan pada 16 November 2008. Majlis di Langkawi pada 20 Disember 2008. Semua penduduk Kg Seri 360 dijemput yer...

Happy Belated Birthday juga buat Azmil... He was born on 15 November 23 tahun lalu. Selamat berbahagia selamanya.



: : detag job : :


RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
its playtime

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
heaven on earth

3. Whose butt would you like to kick?
hmmmm.... still tracking

4. What would you do with a billion dollars?
anythings... tanpa halangan :))

5. Will you fall in love with your bestfriend?
kalau perempaun... possible

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
love myself dulu la

7. Are you gorgoues?
wat say u

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
remain secret

9. What do you pray each day for your loved one?
*wink *wink

10. What takes you down the fastest?
crossed/withdraw/quit

11. How would you see yourself in ten years time?
highly tied to no. 4...

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
habiskan goreng pisang :))

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
its all about sharing

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
happy sokmo... semua tu pun anugerah

15. What’s the first thing you do when you wake up?
komor ngan air masak, telan air tu :))

16. What’s the character must have in your partner?
anggun

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
yea... fight for me

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
sure... for a better tomorrow

19. Do you prefer being single or having a relationship?
ok je... i want my freedom

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
my family will keep me alive


ha ha ha... im done! nak pi tgk muve 'wayang' & 'Quaratine' la la la

opssss nak TAG
beckhem, tom cruise, mawi, bamin...bamin, farihah, beab,

: : walau habis terang : :




Ku terbiasa tersenyum tenang
Walau aaaa.. hatiku menangis
Kaulah cerita tertulis dengan pasti
Selamanya dalam pikiranku
Lupakan semua tinggalkan ini
Ku 'kan tenang dan kau 'kan pergi
Berjalanlah walau habis terang
Ambil cahaya cinta kuterangi jalanmu
Di antara beribu lainnya
Kau tetap
Kau tetap
Kau tetap benderang

: : i dream of evisu : :




kat bundle Chow Kit pun paling murah aku tgk rm400++
mampu tengok saja la...

Spazzo; harga kat Jepun berapa henget nih???


Today the little Osaka trademark has become famous all over the world, with 400 shops besides more than 50 in Japan. Today, Evisu continues to expand with its newest additions including ‘Evisu Shoos’, ‘Evisu European Edition’ and ‘Kizzu’.

: : bayar hutang : :


Langsai sudah hutang tag Dory. Aduhhhh... nape la aku pakai t-shirt oren malam nih :-?

nunite!!!

: : rising above thought : :

Your mind is an instrument, a tool. It is there to be used for a specific task, and when the task is completed, you lay it down. Most people's thinking is not on repeatitive and useless, but because of its dysfunctional and often negative nature, much of it is also harmful. It causes a serious leakage of vital energy.

Thinking is actually an addiction. You no longer feel that you have the choice to stop. It seems stronger than you. It also gives you a false sense of pleasure, pleasure that invariably turns into pain.

Enlightenment means rising above thought, not falling back to a level below thought, the level of an animal or a plant. In the enlightened state, you still use your thinking mind when needed, but in much more focused and effective way than before. You use it mostly for practical purposes, but you are free of the involuntary internal dialogue, and there is inner stillness. When you do use your mind, and particularly when a creative solution is needed, you oscillate every few minutes or so between thought and stillness, between mind and no-mind. No-mind is consciousness without thought. Only in that way does thought have any real power. Thought alone, when it is no longer connected with the much vaster realm of consciousness, quickly becomes barren, insane, destructive.

~Eckhart Tolle

: : tukang masak : :

Hari ni terasa nak bercuti. Jadinya, awal pagi tadi aku siap2 sms boss. Boss pun tak reply pe2 aku boleh cuti dengan senang hati. Phone call dari opis pun ada juga lah... tapi pe2 pun tunggu esok. Janji sistem x de problem.

Pagi tadi aku baring depan tv surfing astro. Tetipa kat kaca tv aku nampak kawan sekampung aku tengah masak, sebelah dia plak Anita Sarawak. Eh... dia masuk program 'Dekorasa Bersama Anita Sarawak'. Tadi dia masak 'Daging Wahyu Anggsa Panggang'
Kat kampung dulu dia kerja cuci pinggan kat kedai makan abang angkat dia. Lepas tu dengar cerita dia mai kerja KL. Kali akhir aku jumpa dia tahun 2006 kat Sunway Resort & Spa. Dia tukang masak kat situ.

Kalai ikut cerita dia dalam tv tadi, la ni JW Marriot KL. Hebat kawan aku sorang nih... dari tukang cuci pinggan kedai makan jadi tukang masak hotel lima bintang. Rezeki orang kan...
Dalam kepala kau... kalau dia dah bosan tukang masak hotel leh jv buka kedai makan kat Langkawi. Atau aku bayaq gaji dia jadi tukang masak...




: : being now : :


Hari ni aku terfikir untuk beli buku tentang problem solving. So, aku menghala ke Alamanda sebab situ ada MPH. Sebelum masuk MPH aku ke GSC kat bawah tu... sesaja nak tgk show apa pada masa tu. Hah... 007 bump!!! Boleh layan muve dulu lah...

After muve baru pegi MPH. Mcm mana boleh tak jumpa buku problem solving... atau memang tak de? Masa belek buku2 kat shelfs motivational&inspirational aku spot buku nih 'The Power of Now'. Masa pergi team bonding kat PD baru2 ni Mr Perthpal suggest baca buku nih. Malam nih leh mula baca...

Kalau sesape jumpa buku problem solving helo2 ai yer...



: : beautiful day : :



Pagi tadi aku habiskan masa 3 jam semata2 temankan hsemate nak cari tempat ni. Verbal info yang dia dapat, katanya kat Uptown. Tapi alamatnya kat Ara Damansara. Dua Balai Polis kami tanya. Balai ke dua siap lukis peta bagi... Sakit motot duduk lama dalam keta. Kusi neo keras la...

menyusuri Federal Highway
&
mengabadikan menara rebung

...end up di Community Gym, Precint 16, Putrajaya.