:: aku sangap ::


Mengantuk nyeee!

Mungkin tak ada apa nak buat kat opis ni. Kalau lah big boss tak datang sini... kalau lah aku tak buat appointment dengan staff petang ni... kol 1 tengahari aku nak balik je tido kat umah. Nikmat nyeeee!

Adakah ini berpunca aku makan tosei Mamak Ali Maju cicah kari kaskas? Adakah kerana suasana opis ni yang agak sunyi dan semua pun dengan kerja sendiri?

Ni cerita lain pulak.

Malam tadi aku pergi dinner kat Restoran Telaga Buruk, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Dari luar nampak ok dah. Once kami duduk, lama juga baru depa mai amik oda. Itupun setelah aku gamit tangan kat pekerja dia. 1st impression aku... ni bisnis syok sendiri nih. Aku oda nasi goreng kampung, housemate oda nasi goreng sutun. Dia kata kena tunggu lama, tapi aku tengok customer lain tengah makan dah.

Lama juga kami tunggu... setengah jam nak jejak 1 jam makanan sampai. Aku dah lapar, so bedal je. Housemate aku kata agak kureng. Lepas makan kami lepak je situ, sebab dah tak de apa nak buat kat umah.

Dalam kol 11++ ada satu kereta Audi parking depan restoran tu. Turun lah sepasang suami isteri lalu masuk restoran tersebut. Lalu mereka didatangi oleh pekerja restoran berborak sesuatu. Lalu customer tersebut kaluar dan menaiki kereta semula. Aku agak2 je... awal lagi dah nak tutup. Aku ngan housemate bincang pasal kejadian tersebut.

Then, housemate aku panggil pekerja yang borang dengan customer tadi. Tanya... kenapa? Rupanya, tokey restoran suruh tutup jam 12 malam. Housemate aku tanya lagi, orang tak tau you all tutup kol 12 mlm... mana you all letak signage business hours?

Tak lama lagi datang pula satu family kecil terus duduk kat meja. Mereka pula didatangi oleh pekerja restoran bagitau dah nak tutup. Tak lama lepas tu masuk pula 4 orang anak muda untuk makan di situ. Nasib mereka pun sama.

Masa kami nak bayar di kaunter... sempat lagi bertukar2 pandangan dengan tukang kira pasal tiga kejadian tadi. Kami suruh dia panggil tokey, tapi dia tak mau...

Restoran dah elok, tapi tokey pulak syok sendiri...

Ok dah ilang mengantuk :d


:: salam lebaran ::

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan



SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



:: sepriseeee ::

"Selamat berpuasa"

Dah lama juga tak penah minum teh kat KL. Malam semalam berpeluang minum bersama orang kampung. Tapi tak de la ramai mana yang join sebab tak ada plan macam iftar kat rumah K.E. dulu tu... baik punyaaaaa!!! Aku sempat hebah kat fesbuk dan shoutbox Balai Raya @Blogspot.



Lokasi NZ Garden Cafe ni memang tebaik lah... mengadap KLCC, dan sebelah Public Bank yang cerah benderang (betui ka?)

Antara yang datang... Mek dah cabut balik. Dory muncul dalam vid call je...

Giler ahhhh....

DJ redio ERA sedang ke udara

Buah tangan dari Dubai... boleh makan dengan roti canai. Kue raya pun ada dah malam tadi :d

Kami bersurai lebih kurang pukui 1 pagi.

:: mayday mayday mayday ::


5 pm tadi terima call dari opis, semua server down (80+ servers). demmm.... maknanya kami kena kerja 8 jam lebih untuk nak ready semua tu. Bila tanya apsal down, rupanya vendor electrical buat load test, tapi went wrong. Trip whole floor nih. Dah dapat info awal ni... mula la calling2 technical staff, vendor semua datang on site.

Lepas berbuka tadi, semua dah sampai on site. Vendor sorang ni tanya... "sabo ke?" hmmm... entah la. Segalanya mungkin dlm keadaan skrg ni. Nampaknya kenangan bersahur kat opis ni berulang lagi tahun ni. Tahun lepas pun penah gak major problem mcm ni. Jumaat lepas baru ke kami berbuka sama-sama kat Wong Solo. Malam ni dpt sahur sama2 plak.
Thanks lah pada staff dan vendor yang bertungkus lumus nak ready semua server ni... 80+ servers... sistem ni dah lama sangat dah... harap2 tak lama lagi diganti dengan sistem baru.

Nak sambung keja lagi.... daaa


:: menu pilihan ::



Alhamdulillah... sempurna sudah berbuka hari ni. Nasi, gulai ayam kampung, sayur keladi :-bd tambah lagi kue ketayap dan pulut bakar. Tapi macam tak dak chemistry plak menu tadi... gulai ayam kampung dgn sayur keladi. Sayur keladi pulak masin, berpada senduk garam agaknya depa bubuh. Aduhhh... potong stim. Nasib baik gulai ayam kampung jadi penyelamat.

Ketayap pun ok, pulut bakar plak mcm mentah lagi pulut tu. Susah juga nak duga kan... harapkan kejujuran dan keikhlasan tukang jual saja lah.

Daaaa....

:: terlalu ngantuk ::


Sejuk dalam opis nih, ramai juga yang bercuti, sunyi dan ngantuk giler...