Quotation of the Day

:: main masak-masak ::

Selepas goreng
Sebelum goreng
Keropok cap ikan mas ni kawan opis bagi sempena percutian dia sekeluarga ke pantai timur. Terima kasih Zul Burn.
Sebelum ni tak penah amik tau pun mcm mana nak bakar dapur gas tu. Mudah jugak la. Bila dapur boleh nyala... barula blh cari kuali & minyak masak. Tengah panaskan minyak... poom poom meletup huhuhu mcm goreng pop corn.
Bila minyak dah cukup mengelegak... test hangus dulu. Kalau kata hangus la... memang tak wujud entry main masak2 malam ni :)) Lepas tu teruskan menggoreng... hasilnya seperti gambo di atas sekali. Sesedap rasa je, untuk menjamu napsu perut. By this time, keropok habis dah. Sos cili pun sedap.


:: my life, my adventure ::


Sekian lama tak hapdet blogspot, bukanlah sibuk mana pun. Just a matter nak manage kehidupan (lifestyle dan kerja). Kalau hapdet pun lagi2 pasal makan... isu basi kannn


Kerja: sebelom 20 Mac dulu ada tiga projek nak kena selesaikan. Satu dah selesai, tinggal lagi dua. Mungkin dalam dua minggu lagi selesai lagi satu projek. Projek yang satu lagi ni on going yang boleh berikan tekanan. Mana taknya, sistem ni mesti dalam keadaan sedia beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Monthly SLA 97%. Dengan keadaan sistem yang dimamah usia, agak susah nak capai SLA ni. Apa yang sedang diusahakan hanyalah kerja-kerja penambahbaikan sistem. System upgrading masih lagi kabur sebab kos sangat tinggi. Alhamdulillah, dalam tahun ni... setakat ni pencapaian masih lagi diatas SLA.


Sosial: kenuri Pn Nad baru2 ni pun tak terpergi. Kalau ada kelapangan bulan Julai saya akan pergi ke Johor. Bolehlah join Kak Zee, Mommi dan Beab ke majlis sisoal Pn Nad.


Komuniti: kali akhir dapat jemputankenuri doa selamat jiran seblok Seri Tanjung. Terima kasih bebanyak kat tuan rumah yang menjemput. Semua tu pun secara kebetulan sebab terpaksa lalu sebelah dapur masak kat bawah blok. Tapi tak dapat pergi juga sebab malam tu kena kerja.


Selain tu, dapat juga kenal dengan jiran2 baru masa sama2 sampai di pakir. Bila dah kenal, bila selisih boleh la angkat tangan mesra.


Sekali sekali keluar minum teh dengan jiran blok depan.


Keluarga: pertengahan April baru2 ni, sempat juga balik kampong sat. Macam biasa, kat rumah ada mak, bapa dan tok. Sunyi je tapi aman damai. Kena balik awal sehari sebab sistem ada masalah serius. Tak henti2 henpon berlagu.


Bulan tujuh nak balik kampung lagi makan buah-buahan di dusun.


Ini sajalah... ok terakhir SELAMAT HARI JADI AGATIS


:: RATU HATI ::


...jauh di mata
dekat di hati...

:: Jangan Jawap Salam ::

1. Salam yang diberi oleh Imam dalam setiap solat. Kalau jawab, rosak solat.

2. Salam yang diberi oleh non muslim.

3. Salam yang diberi ketika ditengah2 ucapan. Sepatutnya ucap salam sebelum memulakan ucapan.

4. Salam yang tidak ikhlas seperti, "Assalamualaikum... tak jawab dosa"

Sumber : Bicara Kifayah, Astro Oasis