Quotation of the Day

:: my life, my adventure ::


Sekian lama tak hapdet blogspot, bukanlah sibuk mana pun. Just a matter nak manage kehidupan (lifestyle dan kerja). Kalau hapdet pun lagi2 pasal makan... isu basi kannn


Kerja: sebelom 20 Mac dulu ada tiga projek nak kena selesaikan. Satu dah selesai, tinggal lagi dua. Mungkin dalam dua minggu lagi selesai lagi satu projek. Projek yang satu lagi ni on going yang boleh berikan tekanan. Mana taknya, sistem ni mesti dalam keadaan sedia beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Monthly SLA 97%. Dengan keadaan sistem yang dimamah usia, agak susah nak capai SLA ni. Apa yang sedang diusahakan hanyalah kerja-kerja penambahbaikan sistem. System upgrading masih lagi kabur sebab kos sangat tinggi. Alhamdulillah, dalam tahun ni... setakat ni pencapaian masih lagi diatas SLA.


Sosial: kenuri Pn Nad baru2 ni pun tak terpergi. Kalau ada kelapangan bulan Julai saya akan pergi ke Johor. Bolehlah join Kak Zee, Mommi dan Beab ke majlis sisoal Pn Nad.


Komuniti: kali akhir dapat jemputankenuri doa selamat jiran seblok Seri Tanjung. Terima kasih bebanyak kat tuan rumah yang menjemput. Semua tu pun secara kebetulan sebab terpaksa lalu sebelah dapur masak kat bawah blok. Tapi tak dapat pergi juga sebab malam tu kena kerja.


Selain tu, dapat juga kenal dengan jiran2 baru masa sama2 sampai di pakir. Bila dah kenal, bila selisih boleh la angkat tangan mesra.


Sekali sekali keluar minum teh dengan jiran blok depan.


Keluarga: pertengahan April baru2 ni, sempat juga balik kampong sat. Macam biasa, kat rumah ada mak, bapa dan tok. Sunyi je tapi aman damai. Kena balik awal sehari sebab sistem ada masalah serius. Tak henti2 henpon berlagu.


Bulan tujuh nak balik kampung lagi makan buah-buahan di dusun.


Ini sajalah... ok terakhir SELAMAT HARI JADI AGATIS


15 comments:

Dory said...

yg pegi JB tu macam menarik je.. nak itutttt..

Pink Marie said...

nak2!

jgn ajak bha. haha..

wah udah mengamalkan hidup mesra jiran. awek ka baman? jom ngeteh sesama :D

Mem Aluya said...

SLA = Second Language Acquisition

Happy birthday, Agatis. Kat cafe ada kopi luwak tak?

SilverFerio said...

dory n mek... ok gak kita ke JB... lagipun sengsorang je

mem... SLA yang saya guna pakai service level agreement

Zu said...

jd tak dtg sabah jun ni:D

SilverFerio said...

tiket mahal june... aku pegi sebelum puasa

Zu said...

tu la pasal june kan cuti sekolah....ok nanti dtg sabah koling2 k

Soulier MUCHiER said...

hah harus emua mai beramah mesra mujur2 ada musim doghyan ke rabutan ke?...adoiii mmg lazat lah kan....

Mek Dory tuwunlah insyaAllah mommi mai..kalau tak banjir dah lah ituhari cobaan! hahahahahahha

SilverFerio said...

mek & dory harus coba sekali lagi

SitiNur said...

Selamat Hari Lahir Agatis.

Malas jugak nak update blog tak macam dulu..

Dusun kg Man ada buah apa?

SilverFerio said...

durian, manggis, rambutan, pisang dan lain2,... cempedak!!

SitiNur said...

Wow!!Bestnyer.

SilverFerio said...

tadi baru makan durian tepi jalan

NaD said...

aihh tertinggal plak entry yg ni.. haa jemput mai.. besar kemungkinan makan2 kat jb tu on 26th june. bleh datang tak?

SilverFerio said...

owh... hari jumaat yer puan nad