Quotation of the Day

: : mustika : :



Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

: : here & now : :

Starting last Friday aku join team bonding kat AnCasa PD. Mula2 memang rasa uncomfortable. I have to make some movement to increase my energy level. Then only I can think & do something to comfort myself. Guess what... I learnt phisiology movement create energy. What else :-? WORDS and INTONATION also increase energy level.

Being "HERE & NOW". Bayangkan kita kembali ke zaman kanak2, tak yah fikir apa2 kan... main, belajar, ... aku mula suka konsep mcm ni. Memang nak kena create environment mcm ni @workplace.

Satu lagi "Being Childish". Sebab budak2 kecik is almost egoless. They will ask almost everything to make themslf clear. Macam aku, memang susah nak bertanya. I like to explore and cari jawapan dari sumber2 lain. Now I relize that, I am wasting some of my times. Huhh.... Aku sangat ego! I like the this quot "Pls leave your shoes and your ego before enter the door" :)

Sabtu. Kami mula bagi nama kumpulan "BLUETOOTH" - kalau buka balik lipatan sejarah. Bluetooth ni salah seorang pahlawan Viking. Our team cheer : BLUETOOTH POWER!!! Guess what... kumpulan kami champ 3 out of 5 outdoor cativities, champ the Samurai games, champ the human puzzle. At the end we were the CHAMPION.
team flag
team members:
front l-r : Rai, aku ler, Inda, Kak Ida
back l-r : Adi, Wandi, Rul, Mie. Din not in picture
Last but not least, out of 45 participants I was awarded as "The Cool & Macho Best Student" ngeh ngeh ngeh
cool or macho or best student :-?

course accomplished & award for best student

Jum kita buat 5% stretch dalam aktiviti harian & kerja kita. Sama-sama kita tengok hasilnya :D

: : pesta makan aidil fitri : :

Jamuan Aidil Fitri
Team JPN Data Center Services, Operation & Services, HeiTech Managed Services
@JOST, Level 2, JPN
Sebelum bermula...


[ Menu ]
Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kuah Dalca, Satey, Nasi Impit, Lemang, Rendang Daging
Tembikai, Teh Tarik, Sirap bandung oleh JFZ Cafe (JFZ Foods Sdn Bhd)

Pot Luck : Kek Cokelat, Kek Lapis, Cup Cake, Kuih Raya, Kacang Mengelebu, Sagu + Santan + Air Gula Melaka, Koktel, Rempeyek, Bihun Goreng, Ayam Goreng.
Akhirnya

: : ciken chop desa surada : :


"Rezeki kita ditentukan Allah Ta'ala" - Amir Hamzah. Aku angguk kepala.
"Haram kalau kita tutup rezeki orang" - Amir Hamzah. Aku angguk lagi.
"Semoga Allah lembutkan hati dia" - kata hati aku.

: : breakaway : :



24, 25 & 26 October 2008

HMS : Team Bonding batch #6


yaa beda bedoooo... lets rock bebehhh

: : khas buat azura hashim : :



Lokasi : Tony Roma's Sunway Pyramid
Menu : Hawaiian Ribs

: : aku buntu : :





'Semoga diilhamkan dengan petunjuk-petunjuk baru
utk aku selesaikan masalah hari ini'



: : azab malam : :



Tiap-tiap malam aku pasti lalui azab nih. Melainkan esoknya aku bercuti. Setiap kali mengharungi azab tersebut, aku dapat rasakan stress level aku agak tinggi. Tapi bgaimana ya...

: : hari cuti ku : :



1. nak pi minum kat mamak... pekena tosei, teh tarik, baca sorat habaq pasai harga petrol turun lagi.

2. nak pi kedai jam William, nak tengok2 kut2 ada jam yang aku bekenan.

3. kalau tak jadi pi William, balik umah layan bantal, layan tv.

Aku coti sebab kazen dari Langkawi ada kat umah. Kesian dia dok sorang2, susah dia nak cari makan kalau aku tak de kat umah. Baik aku coti... boleh gak aku rest.

: : aku punya rasa, aku punya suka : :


Siapa engkau nak menulis topik teknologi internet, web dan blog? Akhirnya tulisan engkau melayang, ke laut...engkau yang syok sendiri. Fakta hanya pada pengertian, tapi isinya hampas tebu. Hasil paling koman pernah dimuatkan dalam GG. Sayang, peluang tidak dimanfaatkan dengan info & fakta kukuh.
Pada pendapat saya, penulis hanya raih peluang yang diberi oleh Saudara Jaafar Taib untuk memasarkan bandarutopia di kalangan pembaca GG. Kesian sungguh!!! Hinggakan berpesan lagi, kalau nak komen, sila komen di bandarutopia. C'mon man!!! Publisiti murahan... Baik saya komen dalam V.H.C. saja. Jangan tunggulah saya komen kat bandarutopia.
Tulislah dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Semoga bandarutopia mendapat 'hit' se'hit' Che Det...
Sekian, terima kasih.

: : kawan kopitiam : :



sinonim dah ngan mana2 kopitiam, gambar2 b&w

Lunch tadi aku dan Din jalan2 cari makan di Bangi. Kami singgah makan kat KAWAN KOPITIAM milik Ezzah Aziz Fawzy. Ada kacang pool liew, tapi timing tak kena plak. Chef kacang pool masuk keja 5.30 pm. Aisehhh... have to come back lor... Oleh kerna kopitiam ni server makanan Johor, makan aku oda mee bandung Muar. Pehhhh ada rasa lah... ;)



KAWAN KOPITIAM at 26 Jalan 3/69 section 3 /Fasa 3 tambahan, Bandar Baru Bangi. Behind the fasa 3 Petronas station, 12 o clock from the UKM roundabout via Bangi tol.



Presents ala carte CHINESE STYLE DELIGHTS as below;

Noodles Kung Fu style, Noodles Szechuan style, Noddles Hainanese style, Yam chow fried rice, Hot Szechuan fried rice, Chicken Porridge, Old style Nasi Lemak with sambal like the olden days, Special nyonya Kari Laksa on Saturdays and Sundays only, MEE UDANGYing Yang Nooodles, Singapore fried Bee hoon, CUCUR UDANG.


Voted top 5 by readers of THE STAR, SPECIAL JOHORIAN FAVOURITES MEE BANDUNG MUAR, MEE REBUS, LAKSA JOHOR, KACANG POOL

[source]

: : joe & faridah : :

Hye kawan2... masih dalam mood raye lagi ke?

Kawan2 tgk tayangan gambar 'Joe & Faridah' tak kat ASTRO RIA baru2 ni. Lakonan Adlin Aman Ramli & Erra Fazira.

Gambar tu citer pasal coincident after coincident and after coincident dan juga result.

Gambar tu kelakar juga... banyak kali ditayangkan. Tiap2 kali kalau ada peluang aku tengok lagi.

: : aku bahagia : :

Cuba kawan2 semua bayangkan, pergi outstation selama 2 minggu tapi tertinggal wallet kat rumah. Dalam poket hanya ada det skeleng & henpon je...

Back in Dec, 1997... aku kena pegi outstation ke Tanjung selama 2 minggu. Dari KL aku naik bas dengan tiket yang disediakan oleh majikan. Hotel dan elaun dah disediakan oleh majikan jua. Zassssttt.... hampir tiba di Tanjung baru aku cek poket jeans. Alamak!!! wallet xdak. How come? Baru aku teringat right before aku keluar rumah, aku decide utk tukar jeans.

Calm je... walau pun xdak IC xdak det masa tu. Aku cuma ada staff card cum media@press je... aku gantung card ni je sepanjang masa. Aku harus ke hotel dulu bagi menenangkan minda yang kacau. Memandangkan aku tak berwang masa tu, kena la jalan kaki. It took almost 30 mins jalan kaki ke hotel.

Sampai hotel aku call member sekampung yang kerja di Tanjung. Selamat... dia boleh pinjamkan det dulu. Jantung aku kembali tenang setenang air kat swimming pool biru hotel. Dengan det tu aku perlu jimat cermat untuk bertahan selama 2 minggu. Rezeki aku murah juga di Tanjung. Ramai staff nak banje lunch, dinner... mungkin sebab aku terlebih rajin kerja pada masa tu kut...

Masa ni lah aku kenal Shahleesa Yusuf. Lessa ni mix Melayu Cina. Seronok kenal dan kawan dgn dia... dia ske berborak, tanya itu ini, rajin bawa aku jalan kat Tanjung, makan & lepak hingga aku terlupa aku tak berwang dan xdak IC. Tapi dia tak pernah tahu masalah aku masa tu... better mcm tu. Aku pun bukan jenis suka minta tolong, minta simpati bagai... kalau sengket sangat pun aku tak mencuri. Tapi segalanya dipermudahkan. Aku yakin Allah kabulkan doa aku setiap kali lepas solat aku tak penah lupa minta doa pada Allah supaya 'jauhkan aku dari kesedihan dan kesusahan dunia dan akhirat' :)

Sekembali aku balik dari Tanjung aku cek jeans aku. Wallet aku selamat. Tapi det di dalamnya tak beranak pinak.. aisehhh

: : chemical bonding : :

Dalam membincangkan satu isu aku bertanyakan pendapat kepada seorang teman. At one point, teman aku nih terfikir 'something' yang mana aku pun penah terfikir sekali samething about 'something' =)) lalu aku teringat pada research yang penah dibuat 'chemical bonding' yang tak ada kaitan langsung dalam isu ni :D

: : sekut raya : :

jum rasa sekut raye!


walau pun cute je bekas sekut raya nih, aku tak teragak2 utk jamah sekut nya. rasa sekut dalam tu sama je ngan yang lain2... aku teka Ayu kawan Mie yang bagi nih :D


: : mata : :

Nak minta tolong lah ni. Sesiapa kat sini doktor mata atau kenal dengan mana2 doktor mata. Tolong ym / sms pada saya nombor untuk dihubungi. Tq tq...

: : sup perut kg raja : :

Sup ni memang sedap dan femes kat Kg Raja, Besut. Menurut cerita kawan aku, sup ini telah diniagaka sejak dia sekolah menengah lagi. Memang sedap!!! Tapi ada rasa manih gule sket la...

Kebetulan malam tu kami sampai megi dah abis. Kawan aku bertanya, kalau kami beli megi, kak blh masak tak? Boleh!!! Dengan pantas kami cari kedai runcit yang masih buka di sekitar medan selera itu. Rupanya kak kedai sup nih guna Mamee (org kg raya sebut bunyi memi) :D


there... memi sup perut

: : hingga menjilat jari : :

Lokasi : Kg Rhu Sepuluh, Pantai Penarik, Setiu
Menu Pilihan : Ikan Kembung (2 ekor), Ikan Selar (pun 2 ekor), Sotong (sepinggan), Udang (5 ekor), Kepok Lekor (5 butir), Air Nyor (3 kole), Bihun grg ( sorg makan)
Harga : RM31


: : soto India : :


Pepagi tadi aku pergi beraya ke rumah Ridzwan, kawan lama yang masih lagi berhubung. Keluarga aku di Langkawi dan keluarga Wan di PJ seperti bersaudara... kalau ada kesempatan, masing-masing saling mengunjungi. Persahabatan antara dua keluarga ini telah terjalin sejak tahun 1994. Ketika itu aku dan Wan kerja di TheSun PJ.

Pagi tadi Wan dan maknya macam tak percaya aku datang. Kebiasaannya... dah penghujung Syawal baru aku pergi beraya. Tapi tadi aku adalah tetamu pertama sampai :)

Juadah pagi tadi soto India dan laksa. Setiap kali raya pun ada laksa. Tapi raya kali ni ada menu baru... soto India. Perencah sup ni, Wan tempah khas dari Pasar Jalan Othman PJ. Sama rasa macam sup India. Memang power!!!


: : open house raya @pwtc : :

Lepas solat sunat aidil fitri pagi tadi aku terus pergi ke rumah kawan lama / keluarga angkat kat Sect. 14 PJ. Terkejut jugak la dia org sebab aku tak balik langkawi raya kali ni. Jehan buat laksa ngan soto India. Perghhh sup dia power!!! Sempat jugak la berposing sakan kat umah dia...


bersalaman dari tangan ke hati
Sungguh meriah. Penuh dengan rakyat berbilang kaum. Cina, India memang ramai. Melayu balik raya di kampung halaman masing2. Aku pun melayu yang tak balik ke kampung halaman. Waktu aku & Mie sampai memang penuh sesak. Dalam sesak2 tu... ada plak hamba Allah kentut. Bau dia pun boleh tahan.

Lama juga kami kena Q nak naik tangga untuk ke dewan. Kat tangga akhir, aku & Mie menyelinap sket. Last2... kami boleh masuk ke Dewan Merdeka utk VIP. Bila masuk dalam nampak ramai plak pak menteri dok tunggu nak salam. Aku dah agak... bukan tempat kami. Tapi muka kena penuh yakin.

Aku heran jugak la... mana pegi Cina & India ramai2 tadi... rupanya mereka masuk ke dewan2 kecil yang lagi empat tu.

Lets chills!!!

dalam ni banyak food station. ini yang paling hampir dengan meja kita org. aku makan lemamg & serunding, roti jala, tosei, kuih2. teh tarik kat situ sedap plak.gambar bersama 1st lady

...bersama Dato' Ismail - Menteri Belia & Sukan (Ayah Dafi)
Gadis Melayu oleh Jamal

Nash pun ada, dia bawa bersama anak2nya...


sekian update hari raya pertama ;)

NOTA : - kancing baju melayu dihadiahkan oleh Ayu kawan Mie. TQ Ayu & Mie

: : lebaran ini : :

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA KAWAN2...
TERIMA KASIH JUGA KEPADA KAWAN2 YANG TELAH MENGHANTAR SMS SEMPENA LEBARAN INI.
KEPADA KELUARGA DI LANGKAWI...
MINTA AMPUN & MAAF KERANA LEBARAN INI KITA TAK DAPAT BERSAMA.
INSHA ALLAH KALAU ADA UMUR YANG PANJANG KITA AKAN BERJUMPA JUGA...
SELAMAT MERAYAKAN LEBARAN INI....


: : lelong raya : :

tadi lepas berbuka aku ke Jalan TAR nak tengok lelong malam raya. ni la kali pertama aku jejak kaki ke situ... happening babe... riuh rendah... makin lewat makin ramai yang datang... dalam kol 9malam kuih raya dh turun ke rm10, baju melayu dah cecah rm50, sampin dh jadi rm30, baju kurung 3 pasang rm100 memang bagus la kalau masing2 shopping malam raya.




abang jual baju kurung 3 pasang rm100

camner ropa tudung datuk k nihbaju melayu sepasang rm50... murah sudah
macam macam ada...

aneka tas tangan... yang ni tak tau plak harganya

tu dia kalong raya... macam macam rona

bagi aku yang dh prepare awal2 utk raya... rasa frust sket la... banding ngan pelaburan awal yang aku dah buat utk raya tahun nih. baju melayu aku rm200++, sampin rm85 baju melayu tadi rm50, sampin rm30... next yer kena buat keputusan yang lebih bijak :)