:: time stands still ::

And everything else just fade away. We talk for hours about anything, everything and nothing. We lose track of time a lot these days.


:: pisang Jumaat ::



Tadi makan pisang sedekah kat surau, kebetulan sampai awal dapat la merasa pisang tu. Terubat dendam kesumat tengok pisang kat blog Azura. Tersengguk-sengguk kepala dengar khutbah Jumaat. Entah banyak mana mesej yang lost… hehehe


Lepas solat, terasa nak makan ayam dadah Sg Chuah. Ramainya umat manusia kat Restoran Pak Lang / Mak Lang. Memang begitu suasana restoran lepas solat Jumaat. Nasib aku agak baik, semua tak dirancang meja saudara aku ada kosong lagi. Pertemuan tak dirancang.

Sekarang ni dah kat opis. Masih panjang waktu kerja untuk dihabiskan sebab kol anam nanti ada hardware migration. Harap2 task ni sukses, kalau sukses jam Sembilan malam dah boleh balik.

Pagi esok ada checkpoint meeting lagi.

Cerita balik kampong pun lum sempat nak hapdet…

:: simple kan ::



JIKA TAK JUMPA APA YANG KAMU CARI DI SINI,
PLEASE LEAVE!

:: aku pulangggg dengan demammmm ::

Petang Jumaat lepas badan rasa lain je. Lepas solat Jumaat, terus balik umah tido. Bila terjaga tido pale ngan perot panas. Gelabah kuda kejap... cek ym tengok mem online tapi ada tanda no entry. Dengan tanpa niat apa, aku terjah dgn soklan tanpa intaro... mem reply sikit petua nak kurangkan panas pale ngan perut. Dah ok sikit, rasa kuat utk drive... terus pi Kelinik Syifa. Sib beik tak de orang sakit. Kebetulan plak dr yang selalu ada bila aku ke sana... senang nak nak mesra2. Dr bahasakan diri dia kakak, dia panggil aku adik... psiko tu. Ilang demam dan dan tu juga. Tapi suhu badan masih membara pada takat 39C. Dr kata... kalau budak kecit dah tumbang nih. Dr bagi mc dua hari... Jumaat ngan Sabtu. Aku memang ada project system cutover Jumaat sampai Ahad. Tak kan aku tak de plak dalam projek juta2 nih... mungkin nanti org kata aku cari excuse.

Semasa ambil ubat dgn dr... dia soh makan sup ayam. On the way balik tu, singgah Jelira Tomyam kat ngan umah, pekena sup ayam, telur dadar, nasi puteh... done!. Balik tu dgn niat kerana Allah, aku makan ubat2 yang perlu lah. Bump!!! layan tido bawah selimut MAS. Tak sedarkan diri. Dalam kol 10 malam aku terjaga dan siap2 cek suhu... bukan suhu lah, apa2 lah... tapi badan rasa dah ok. So nya siram2 badan sikit, dan siap2 nak pi opis sebab ada meeting kol 0015 malam. Checkpoint meeting #1 15 minit je pun. Tapi team leader semua wajib duduk dalam tu hehehe. 0030 dah boleh balik umah, sambung tido.

Semalam la paling mencabar rasa dan akal. Kol 1000 dah checkpoint meeting #2 pastu dah tak de pe2. Next checkpoint (#3) kol 1500 huhuhu... makan free yang sodap2 pun tak sedap. Tapi kena makan juga takut tumbang. Lepas meeting tu dah mula sibuk, tapi masa tu orang suruhan dah datang, aku balik kejap la layan bantal, tilam dan selimut. Bump!!! tak sedarkan diri kali ke 13. Lepas solat maghrib, pegi semula ke opis checkpoint meeting #4 kol 2000. Semua jalan dgn lancar. Tak de masalah langsung. Projek juta2 tak de masalah... miracle. System owner dah rasa tak sedap hati. kami2 je yang yakin pasti sebab dan bnyk series of internal & simulation test. Bump!!!

Lepas meeting aku pegi dinner ikan bakar yang sejuk, gulai lemak nangka, ayam grg rempah yang dah abis huhuhu... pun tak abis sebab rasa lain mcm kut. Demam kan... sambung lagi test & monitoring. Checkpoint meeting #5 kol 2200, pun tak de masalah. Kami jauh melangkau jadual kerja... hahaha so... mngt buat keputusan checkpoint meeting #6 dan 7 was call off. Kami boleh balik awal. Bump! Tak ingat la aku demam ke tak semalam...

Pagi tadi kol 1000 checkpoint meeting #8 just nak update system status sebab Kedah, Kelantan, Terengganu dan semua pejabat ibu negeri open to public. Bump! tak de masalah juga. Resource utilization pun low giler... mesin power beb! Sambung monitoring, tuning sikit2... pale pun dan mula denyut sana sini, arghhh nak kena stay sampai kol 1700 nih utk checkpoint meeting #10. Pale dan muka dah panas semula... gimana nih? Layan tak layan je la selagi mampu... sampai juga ke checkpoint meeting #9 kol 1430 Alhamdulillah, mngt berpuas hati dgn result. Next meeting pun call off. Yahoo.com boleh balik awal....

...tapi aku kena tgk problem lain plak. Stay lagi smpai kol 1800 sebab dh tok leh gi... mata dah berair, muka panas, pale denyut2...

Esok patutnya boleh mc... Allah Maha Mengetahui segalanya... ::nota:: mungkin banyak kesalahan ejaan, pale tak betui

:: kita minum dulu ::

a : air suam kurang gula

g : kopi o limau

n : teh o kurang susu

kawan aku penah oda susu o

Masa kawan oda susu o tu, bukan tukang amik oda je blur... lalu tanya, macam mana tu :-? aku pun blur peringkat dalaman juga (tanpa riaksi bahasa badan)