Quotation of the Day

: : i am ready : :

dah dapat sampin untuk dipadankan dengan baju melayu cekak musang biru. meaning that i am ready for 1st Syawal...

hari ni memang nak jalan2 cari sampin. nak pegi sampai PKNS Shah Alam nuu... tapi tadi singgah dulu pat PKNS Bandar Baru Bangi. Pusing punya pusing punya pusing... hati dah jatuh chenta degan yang ni. mok cik jual sampin ni bg kurang pat henget saja...


dari PKNS aku dah tak nak pegi mama... hmmm pegi KL jap lah sesaja nak tgk je... seronok drive kat KL hari ni. mcm jalan2 kat Bangi je... silverferio leh lemuncur laju ke Pavillion. Ini lah keadaan Tol Sg Besi...



: : lawak lembu : :

lembu ni kuat nyakat org nih... sampai boleh nangis rooo...


: : salam aidil fitri : :


Sebelum tibanya Syawal yg mulia saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon ampun & maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, terngumpat, terkata, termakan, terminum, terlihat, terpegang, tersentuh & tersegalanya dgn sengaja atau pun tidak.. sedar atau sengaja.. harap dapat lah teman semua maafkan saya.. sebelum saya ter sekali lagi... saya ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri Maaf zahir dan batin buat semua teman yg mengenali diri saya... semoga teman semua berbahagia & bergembira di hari yg mulia ini.. jgn lupa pd mereka yg serba kekurangan & jgn lupa juga untuk menjaga kesihatan teman... salam tulus ikhlas kasih mesra dari saya sF

: : acu cuba try drg lagu ni : :

housemate aku ske sgt lagu nih...
sampai soh aku download mp3 nak masuk henpon...
apa kes :-?

: : ty Allah : :

Rahmat dan gembira di hujung Ramadhan :)

: : touching : :

ishhh betui ka aku tak balik raya nih

:-?

: : jom sahur : :

Selamat bersahur yer... kawe nak sambung kije plak...


: : lawak bangla : :

Senario di lokasi MMZ, Bukit Jelutong.


Petang semalam aku kena cordinate satu lagi DR test. DR test ditangguh sejam bagi laluan berbuka puasa. Jadi, aku sempat berbuka puasa ngan kawan2 seopis Bukit Jelutong.

Pilihan kami ialah Mamak MMZ @ MZ. Masing2 dah oda, sementara tunggu azan Maghrib lalu lah mat bangla sorang ni. Kami pun minta kurma utk berbuka. Tak lama lepas tu mat bangla tadi datang bawa piring berisi kuah.

Zainy : apa ni?
mat bangla : kurma (penuh yakin)

kah kah kah berdekah
kami pakat gelak ramai2...

: : lu fikir lah sendiri : :

nape dalam kapal terbang penumpang disediakan life jacket?

nape dalam kapal terbang penumpang tak disediakan payung terjun?

: : untuk tatapan mem aluyah : :

mem... ingat lagi jalan ni?

: : 1st of puasa : :


Ni lah menu berbuka 1 Ramadhan. Memang sempoi habis. Aku rasa ikan tongkol yang dibakar tu je yang dibeli. Yang lain2 tu... kepah... tok pegi cari kat pulau, ikan kecik2 tu... mak cik pegi mancing kat laut. Menu kampung nih memang murah dan sedap plak tuh. As usual sambal belacan+kerisik kena ada lah. Tak boleh tak ada, walaupun xde lauk yang sesuai utk dicicah... ini lah berbuka yang mampu buat aku tambah nasi...
Mcm skrg nih memang tak de nak tambah2 dah... tapau ngam2 utk sekali makan, lauk secukupnya. aku cuba cari lauk2 ala2 kampung, tak de kuih muih... alhamdulillah perut aku dah tak meragam dah...

: : jelira tu apa? : :


Jelira seafood, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.


ni lah lauk utk berbuka malam ni.
sape tau nama masakan ni tlg bagitau yer... :))


: : soal nikah kahwin : :

Peguam : "Anda sudah berkahwin?"

Lelaki : "Su.. Su.. dah, encik"

Peguam : "Siapa yang Anda kahwini?"

Lelaki : "Se.. Se.. seorang perempuan.. encik!"

Peguam : "Sudah tentu anda akan berkahwin denganperempuan... apa anda pernah dengar ada yang berkahwin dengan lelaki?"


Lelaki : "Adaencik.. adik perempuan saya..."

: : mutiara borneo : :



Kerongsang Mutiara Asli Borneo sempena Hari Raya!
Berkualiti tinggi! Design terkini!

: : selesai sudah : :

September 15, 2008; 02:15am

Setelah hampir 36 jam berkurung dalam command center, aku bolos jua akhirnya.



: : padi padi : :

Berbuka sambil menderma... mulia sungguh penduduk Kg Seri 360

'ENAK'

Sekian, terima kasih - Tok

Lepas berbuka dan berborak, aku masuk kerja semula. Sekarang ni jam laptop menunjukan pukul 4.17 pagi. Aku akan bersahur di pejabat dengan kawan2 sebentar lagi.

: : so so lah : :



'Bukan atas nama agama kita melakukan sesuatu. Kita melakukan sesuatu kerana pekara yang kita lakukan itu betul dan membawa manafaat kepada orang ramai' - tukar tiub


: : bukan permainan biasa : :


Ni gambar salah satu aktiviti dalam teambuilding aku pernah ikut pada April 2008. Kami diberi selembar kertas A4 yang perlu dipotong kepada lima bahagian. Satu bahagian kena tulis nama ibu, satu bahagian kena tulis nama bapa, satu bahagian lagi kena tulis makanan kegemaran, satu bahagian lagi kena tulis hobi dan bahagian terakhir kena tulis warna kegemaran.
Kemudian kertas2 tu kena masukan dalam kotak. Kotak tu digoncang supaya kertas2 di dalamnya berselerak. Lalu kotak diedarkan, sorang kena ambil lima keping kertas. Tugas kami adalah menyerahkan kertas2 tersebut kepada tuannya.
Keadaan dah mula havoc, menjerit kat kat market, ada yang panjat meja sambil baca kuat supaya tuan punya dengar :)) kelab kabut jadinya... Faci duduk buat kerja kat meja dia saja, langsung tak kisahkan kami.
hampir sepuluh minit keadaan dah normal. Masing2 dah dapat kertas asal ;) Penceramah pun masuk ke dalam kelas. Dia anggarkan aktiviti ni akan makan masa yang lama, mungkin lebih setengah jam.
Penceramah pun bagitau lah objektif aktiviti nih, untuk lebih mengenali kawan2 kita. Sepatutnya masa serahkan kertas tu kepada tuan asalnya bolehla borak2 atau bertukar cerita pasal ibu bapa masing, makanan kegemaran, hobi dan warna kegemaran masing2 juga.
So, apa yang aku dapat semasa aktiviti tersebut. Aku pun tak boleh nak ingat kertas sapa yang aku dapat :)) too bad

: : hantam cromox : :




Your Blogging Type is Logical and Principled



You like to voice your well thought out opinions on your blog.

And if someone doesn't what you write, you really don't care!

Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way.

But you're a true and loyal friend to those who truly get you.






You Are a Social Blogger!



Your blog is more of a semi-private affair for your friends.

You don't consider yourself a journalist. Your blog is more of a diary.

Your blog is how you keep in touch... sharing stories, jokes, and pics.

No one outside your social circle probably gets your blog, but they're not supposed to!







You Were Born Under:



You are quick witted, charming, and bring luck to all who know you.

A bit greedy, you tend to go after what you want - with success.

Clever, you seek out knowledge... and eventually use what you know to your advantage.

You are very loyal, and you treat your real friends like they are family.



You are most compatible with a Dragon or Monkey.

: : malam gelisah : :



: : peristiwa berbuka : :

Tertunai sudah semawa kazen untuk berbuka di stall dia kat Pasar Ramadhan Putrajaya. Walau agak gusar nak makan, aku cuba la tanya kazen pagi tadi pegi pasar beli apa? Jadinya... aku cuma makan lauk yang dia masak hari ni. Aku amik gulai ikan tongkol ngan udang goreng kunyit.
Abang stall sebelah tu plak semawa gulai ikan talang. Dia soh sauk dalam kuali dia je :)) wahhh mcm kenduri berbuka ramai2. Bertukar2 maksakan, minuman... seronok plak.

Mak cik jual bubur lambuk pun tapaukan bubur lambuk sebungkus. Kak ina balas balik dengan pajeri nanas. Mak cik jual lauk2 sebelah pun bagi kuih2 juga...

Pak cik jual air soya tu rupanya ada dua org anak dara. Sebelum balik pak cik jual air soya tapaukan sebungkus air soya.

Petang hari minggu nih boleh la pegi lagi, nak pegi awal sket boleh tolong kazen berjual...


: : kuih siput momma : :



KIRA-kira bulan Ramadhan dua tahun lepas sempat juga aku memasarkan dan jual kuih siput mak buat. Itu pun atas permintaan kawan2 NIOSH masa tu. Ada antara depa nih penah la rasa kuih siput mak bekalkan setiap kali blk kg. Kawan2 kata sedap.

Jadinya, Ramadhan dua tahun lepas aku tolong ambil oda utk mak. Cecah juga la 50kg. Bayangkan 50kg mcm mana nak tranport dari Langkawi ke Bangi? Kebetulan ada sorang sedara balik Langkawi pertengahan Ramadhan. Ada la orang bawanya. Tapi kesian la dia sebab berat tu. Dahla naik bas.

Tahun lepas kawan2 nak oda lagi, tapi aku bagitau la masalah transport. Baru2 ni mak tanya, ada kawan2 nak oda kuih siput? oda tu tak dak la, tapi kalau ada kuihnya boleh je nak tolong jual. Tapi tu lah mahal nak bayar kargo kapal terbang. Lain lah kalau aku balik drive keta sendiri. Boleh je penuhkan bonet ngan seat belakang silverferio.

Sepanjang Ramadhan mak ngan tok buat kuih siput saja. Kuih lain mak tempah ngan mak cik & kawan2 dia lah.

Biasanya kat umah kami tengok tv sambil kunyah kuih siput ramai2...

: : tujuh tahun berlalu : :

Siham tepon aku lebih kurang malam 11 Sept.

Siham : where r u?
Aku : rumah
Siham : watch CNN for me, update me
Aku : orait

Malam tu aku tgk live telecast kat CNN. 1st tower WTC terbakar dilanggar air plane. Tak lama lepas tu 2nd tower plak kena langgar ngan air plane lagi. Tak lama lepas tu 1st towel collapsed, tak lama lepas tu 2nd tower collapsed.

Dalam masa yang sama juga Pentagon got hit.

...dan orang Islam dipertanggungjawabkan atas semua tragedi tersebut. Mereka diburu, negara2 Islam ditekan. Afghanistan diserang habis2san bagi memburu ketua gerakan. Tapi sampai sekarang belum jumpa. Amazing kan... Kuasa Allah Ta'ala juga semua tu...

: : kerana tuhan : :



Balik kerja tadi aku jalan2 kat Pasar Ramadhan Putrajaya nak jumpa kazen yang meniaga kat situ. Ramai nya manusia... Aku tengok menu kat stall dia sama gak menu2 kat JFZ Cafe kat Cyberjaya. Aku duduk je kat kerusi putih bawah khemah, situ pun ada sorang pak cik jual air soya...

pak cik jual air soya : nape p.cik tgk kamu letih?
aku : hari ni macam-macam keja p.cik
pak cik jual air soya : kalau buat kerja kerana Allah, tak rasa apa2... (adoiii)

Aku angguk2 saja sambil tengok p.cik tu bungkus air soya dalam pelestik. Mulut dia mcm barkata2, tapi tak de suara... sekali sekala kami borak2 lagi...

Ni juadah berbuka kazen aku tapaukan tadi. Esok dia ajak berbuka kat Pasar Ramadhan plak. Aku nak join lah... banyak lauk dia yang sedap!!!

: : 9908 : :


HAPPY BIRTHDAY BUAT MOMMA & KAKAK
...semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan,
dimurahkan rezeki,
selamat & sihat di bawah lindunganNya...
...love u.


: : selera besar : :

Beriyani Gam Anje Sect. 15; rusuk kambing
ini aku kira dah mematuhi 2nd wishlist berbuka puasa Ramadhan 1429H...
ada lagi dua ;)

: : doa hari ke 8 : :

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

: : Ramadhan ini : :

Sedar tak sedar dah tujuh hari kita posa kan. Hari ni hari ke lapan... Dugaan dan cabaran lapar dan dahaga tak terasa sangat sebab sekarang ni musim hujan, kecuali semalam cuaca di sini terang benderang.

Persediaan berbuka tahun ni, aku buat perubahan sikit. Setakat ni boleh balik awal, kol lima petang dah boleh balik. Tapi aku lewatkan sikit supaya boleh sampai Bangi kol enam. Sedang elok la aku singgah kat Restoran Azura, Seksyen 3 tu... lauk pauk sini panas-panas belaka. Depa masak pun sikit-sikit saja. Aku buat perubahan ni untuk nak uji perut saja, Ramadhan lepas-lepas ku beli juadah kat pasar Ramadhan PKNS, Hentian Kajang, Sg Merab & Putrajaya. Tapi perut seringkali buat perangai. Alhamdulillah... setakat ni perut aku ok.

Ada la sekali... petang Sabtu aku singgah pasar Ramadhan PKNS untuk beli pulut panggang. Tapi juadah lain aku beli kat Restoran Jelira dekat saja ngan rumah ni.

Nampaknya perubahan yang aku buat ni menampakan perbezaan.

Kalau ikutkan sejarah. Pada tahun 1994 aku penah kena keracunan makanan yang teruk juga dalam bulan Ramadhan. Cuti posa dua hari. Doktor suspek keracunan berpunca dari juadah aku beli kat Seksyen 17 PJ. Masa tu aku beli ikan kembung masak sambal pedas. Lepas peristiwa tu, kalau aku makan makanan pedas memang cepat kena sakit perut dan cirit-birit, sampai sekarang pun macam tu. Tapi aku pun mudah lupa, atau buat-buat lupa bila berdepan dengan hidangan sedap. Sakit perus boleh difikirkan lepas tu :))

Hingga semalam aku hanya berbuka di rumah bersama Mie. Dia pun tak berbuka kat luar. Kalau ada jemputan berbuka kat luar, berat juga nak terima. Kesian sebab bayangkan housemate berbuka sorang kat rumah.

: : tuhan lebih tahu : :




Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla,
walaa aqwaa 'alaa Naaril Jahiimi.
Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
fainnaka Ghafirun dzambil 'adziimi

Tuhanku aku tidak layakuntuk syurga Mu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

: : bangun sahur : :


0425 subuh 6 Ramadhan... teringat plak dua kali bersahur kat kampung baru baru ni. Memang berbeza lah...
TAK kesah, yang sunatnya amalan bersahur ;)
SELAMAT bersahur buat kawan kawan semua...

: : cuti di seri negeri : :


ni adalah sebahagian bendang yang mengelilingi rumah di kampung. kalau dari main road nak ke rumah memang agak thrill sket. jalan mini tar muat utk kereta saja.

Kuala Temoyong - 1st time juga aku menyelinap masuk ke sini. bot2 ni milik pelaut. ada juga untuk disewa tourist utk island hopping dan memancing, candat sotong...


Nur Ain Fauzana suke honeydew! Ini lunch terakhir kami sebab esoknya dah 1 Ramadhan. Simple lunch ;)

Deretan kedai lama di Pekan Kuah. Itu je lah yang tertinggal. Waktu umur aku 11 tahun deretan kedai lama kiri dan kanan jalan merupakan pusat perdagangan masa tu lah. Masa tu traffic lite pun lom ada.

Kuala Temoyong yang tenang dan nyaman.

Tanjung Rhu - kiri kanan jalan pokok rhu sesaje. Pantai Tanjung Rhu ni pernah jadi tumpuan pasa satu malam dalam tahun '98 untuk melihat fenomena 'ribut bintang'. Kebetulan masa tu aku pun berada di situ. Menakjubkan!!!




: : mahsuri : :


Malam tadi sementara tunggu flight ke KLIA, lama aku dok telek pic nih. Sebelum berlepas aku sempat pukul sekeping gambo nih... Eh!! Dia tengok kita...


: : rumah di tengah bendang : :


Inilah rumah aku dilahirkan dan dibesarkan. Setelah 36 tahun, banyak kali juga bapa dah ubah suai. Asalnya rumah papan, bertiang tinggi, beratap daun nyok yang dianyam oleh tok. Masa tu rumah tak pernah panas, tak ada kipas. Kalau nak tido tengah hari just buka tingkap saja. Angin tak hengat tu... kenangan!!!

Terbaru ni dah jadi rumah batu. Tapi dinding dalam masih dikekalkan denpan dinding papan asal. Yang aku tahu papan2 tu dah lebih dari 36 tahun :D Rumah nih banyak sangat pintu utama, 5 pintu. Kalau balik lewat malam aku pun dah tak tau pintu mana sepatutnya aku masuk. Biasanya aku akan call adik, minta dia buka pintu...

Sekarang ni musim menanam padi, hijau lagi... hujung tahun nanti menguning lah tu... Kalau dulu kami sekeluarga makan nasi beras sendiri. Kat tepi rumah pun masih ada lagi pondok kecil untuk simpan padi sendiri. Tapi sekarang ni dah jadi store. Pondok padi tu pun dah lebih 36 tahun. Tapi masih berdiri teguh. Aku rasa selagi tok dan bapa ada, semua2 tu tetap terjaga.

Biasanya kalau nak makan ayam kampung, tangkap je kat rumah ayam kat belakang rumah tu. Kami memang tak penah beli ayam bandar. Biasanya kalau semua cucu2 tok balik, dia suruh pak cik sembelih 3 4 ekor ayam kampung dia. Goreng cabai jer, resipi kelasik tok agaknya. Dari dulu sampai skrg sama je rasanya. Satu lagi sambal belacan & kerisik. "POWER!!!"

: : harapan ramadhan : :

semoga ramadhan kali ini memberi rahmat pada kita
SELAMAT BERPUASA RAMADHAN buat semua :D