Quotation of the Day

: : Ramadhan ini : :

Sedar tak sedar dah tujuh hari kita posa kan. Hari ni hari ke lapan... Dugaan dan cabaran lapar dan dahaga tak terasa sangat sebab sekarang ni musim hujan, kecuali semalam cuaca di sini terang benderang.

Persediaan berbuka tahun ni, aku buat perubahan sikit. Setakat ni boleh balik awal, kol lima petang dah boleh balik. Tapi aku lewatkan sikit supaya boleh sampai Bangi kol enam. Sedang elok la aku singgah kat Restoran Azura, Seksyen 3 tu... lauk pauk sini panas-panas belaka. Depa masak pun sikit-sikit saja. Aku buat perubahan ni untuk nak uji perut saja, Ramadhan lepas-lepas ku beli juadah kat pasar Ramadhan PKNS, Hentian Kajang, Sg Merab & Putrajaya. Tapi perut seringkali buat perangai. Alhamdulillah... setakat ni perut aku ok.

Ada la sekali... petang Sabtu aku singgah pasar Ramadhan PKNS untuk beli pulut panggang. Tapi juadah lain aku beli kat Restoran Jelira dekat saja ngan rumah ni.

Nampaknya perubahan yang aku buat ni menampakan perbezaan.

Kalau ikutkan sejarah. Pada tahun 1994 aku penah kena keracunan makanan yang teruk juga dalam bulan Ramadhan. Cuti posa dua hari. Doktor suspek keracunan berpunca dari juadah aku beli kat Seksyen 17 PJ. Masa tu aku beli ikan kembung masak sambal pedas. Lepas peristiwa tu, kalau aku makan makanan pedas memang cepat kena sakit perut dan cirit-birit, sampai sekarang pun macam tu. Tapi aku pun mudah lupa, atau buat-buat lupa bila berdepan dengan hidangan sedap. Sakit perus boleh difikirkan lepas tu :))

Hingga semalam aku hanya berbuka di rumah bersama Mie. Dia pun tak berbuka kat luar. Kalau ada jemputan berbuka kat luar, berat juga nak terima. Kesian sebab bayangkan housemate berbuka sorang kat rumah.

9 comments:

Si Tukang Karut said...

Mommi tak suka hiruk pikuk...makanya mommi suka berbuka di rumah...nanti mommi dok mabuk cam orang minum todi lagaknya...

psst me pun sungguh alergik makanan di luar sana...perot ini sungguh tidak beramas mesra lansung....

lil^RED799 said...

so far alhamdulillah puasa ok...sbb buke kat rumah...tunggu raya kang...siap siap standby tido sebelah bilik ayo....dr zaman berzaman! haishhhhh

Hanamichi_Sakuragi said...

man kawin cpt2 so next year panjang umur tym berpuasa dah ada org masakkan:D

SilverFerio said...

mommi - itu lah, petang ni nak cari nasi beriyani kambing kat Anje lah

nur - kalo raya ok sebab semua food pun mcm fresh lagi.

zu - aminnn ;)

Dory said...

tahun ni buka pose tak same ngn tahun2 lepas. last year housemate akan masak2 dan buka same2.. tahun ni beli je la kat pasar ramadhan tu.. nak masak, malas.. hehhehe

NaD said...

Restoran Jelira tu sah2 restoran kelate. :p

Nad ni nasib baik la dapat perut kalis penyakit. Jarang nak kena keracunan. Cuma alergik seafood je. Kemarin makan bubur lambuk mak yg ada udang tu, badan naik gegata lagi. Dah tau takleh makan tapi nak makan jugak. Tanggung je la..

SilverFerio said...

betui la Nad... mok cik kelantan

Kakak Tiri said...

Dulu beli barang makan kat area Seri Suria jer. Senang!

SilverFerio said...

itu lh mem... dari hari ke hari nak pi beli kat situ, tapi bln kesampaian lg...