:: Penghujung 2011 ::

Assalamualaikum kwn2...

Setelah sekian lama meninggalkan laman ni, akhirnya di hujung 2011 kembali ke sini. Terima kasih pada seorang kawan yang tolong ingatkan...

2011 berbaki lagi 2 minggu, banyak juga pengalaman hidup sepanjang tahun ni. Semuanya aku terima dengan redha sebab semuanya adalah pilihan yang telah aku buat pada peringkat awal.

...menunggu 2012.

:: Relaku Pujuk ::



Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk


:: open house terakhir ::

Kesian kat tuan rumah ni (belah kanan sekali)...

Kejadian ni berlaku pada 5.30 petang 18/10 baru2 ni. Belah tengahari kami (aku+kawan sekerja) pergi kenuri kawen kat Bandar Tasek Putri, Rawang. Kami konvoi 7 buah kereta. Makan pun not badlah... nasi minyak, ayam masak merak, rendang daging, acar, limau sunkis... dan terbest bubur kacang rasa durian suam2 kuku.... pehhhh

Tengah2 makan tu... Hisham (belah kiri dalam gambar) ajak singgah umah dia on the way balik tu... katanya ada sushi :-bd

Sampai je umah dia... mak dia idang yong tau fu. Repeat jugak lah he he he... lately nih aku memang makan banyak pasai nak bulatkan perut. Kebetulan dalam geng konvoi kami ada dua orang duduk di Kepong.

Dok tengah layan yong tau fu, ada yang bersuara... suruh kawan sorang lagi balik cepat pegi beli KFC sebab ada rombongan nak pegi beraya :)) Memang tak plan...

Maka baliklah kawan sorang ni dengan wife dia. Sebelum tu kami dah siap pesan kat dia... dah siap nanti sms je lah... kami akan sampai.

Jam 5.15 petang kami terima sms... KFC dah ada... ha ha ha ada pulak yang bersuara... KFC tu kami melawak saja. Yer lah kan mana sempat nak masak dah... KFC lah menu penutup open house Syawal.

Ingatkan dah last2 ni semua dah tak bernapsu makan.... tak! masing2 sama je macam makan kat umah kenuri kawen... kesian tuan umah tak merasa...

17/10 pun ada dua open house... puas makan kambing bakaq. Mungkin pasai tu lah kut gusi-gusi aku sakit semua.

Ekceli... esok masih ada lagi jamuan raya kat opis nih. Tapi yang penting malam ni dah pekena Big Mac

:: Hey Jude ::



Hey, Jude, don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

Hey, Jude, don't be afraid
You were made to go out and get her
The minute you let her under your skin
Then you begin to make it better.

And any time you feel the pain, hey, Jude, refrain
Don't carry the world upon your shoulders
Well don't you know that its a fool who plays it cool
By making his world a little colder

Hey, Jude! Don't let her down
You have found her, now go and get her
Remember, to let her into your heart
Then you can start to make it better.

So let it out and let it in, hey, Jude, begin
You're waiting for someone to perform with
And don't you know that it's just you, hey, Jude,
You'll do, the movement you need is on your shoulder

Hey, Jude, don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

:: aku sangap ::


Mengantuk nyeee!

Mungkin tak ada apa nak buat kat opis ni. Kalau lah big boss tak datang sini... kalau lah aku tak buat appointment dengan staff petang ni... kol 1 tengahari aku nak balik je tido kat umah. Nikmat nyeeee!

Adakah ini berpunca aku makan tosei Mamak Ali Maju cicah kari kaskas? Adakah kerana suasana opis ni yang agak sunyi dan semua pun dengan kerja sendiri?

Ni cerita lain pulak.

Malam tadi aku pergi dinner kat Restoran Telaga Buruk, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Dari luar nampak ok dah. Once kami duduk, lama juga baru depa mai amik oda. Itupun setelah aku gamit tangan kat pekerja dia. 1st impression aku... ni bisnis syok sendiri nih. Aku oda nasi goreng kampung, housemate oda nasi goreng sutun. Dia kata kena tunggu lama, tapi aku tengok customer lain tengah makan dah.

Lama juga kami tunggu... setengah jam nak jejak 1 jam makanan sampai. Aku dah lapar, so bedal je. Housemate aku kata agak kureng. Lepas makan kami lepak je situ, sebab dah tak de apa nak buat kat umah.

Dalam kol 11++ ada satu kereta Audi parking depan restoran tu. Turun lah sepasang suami isteri lalu masuk restoran tersebut. Lalu mereka didatangi oleh pekerja restoran berborak sesuatu. Lalu customer tersebut kaluar dan menaiki kereta semula. Aku agak2 je... awal lagi dah nak tutup. Aku ngan housemate bincang pasal kejadian tersebut.

Then, housemate aku panggil pekerja yang borang dengan customer tadi. Tanya... kenapa? Rupanya, tokey restoran suruh tutup jam 12 malam. Housemate aku tanya lagi, orang tak tau you all tutup kol 12 mlm... mana you all letak signage business hours?

Tak lama lagi datang pula satu family kecil terus duduk kat meja. Mereka pula didatangi oleh pekerja restoran bagitau dah nak tutup. Tak lama lepas tu masuk pula 4 orang anak muda untuk makan di situ. Nasib mereka pun sama.

Masa kami nak bayar di kaunter... sempat lagi bertukar2 pandangan dengan tukang kira pasal tiga kejadian tadi. Kami suruh dia panggil tokey, tapi dia tak mau...

Restoran dah elok, tapi tokey pulak syok sendiri...

Ok dah ilang mengantuk :d


:: salam lebaran ::

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan



SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



:: sepriseeee ::

"Selamat berpuasa"

Dah lama juga tak penah minum teh kat KL. Malam semalam berpeluang minum bersama orang kampung. Tapi tak de la ramai mana yang join sebab tak ada plan macam iftar kat rumah K.E. dulu tu... baik punyaaaaa!!! Aku sempat hebah kat fesbuk dan shoutbox Balai Raya @Blogspot.



Lokasi NZ Garden Cafe ni memang tebaik lah... mengadap KLCC, dan sebelah Public Bank yang cerah benderang (betui ka?)

Antara yang datang... Mek dah cabut balik. Dory muncul dalam vid call je...

Giler ahhhh....

DJ redio ERA sedang ke udara

Buah tangan dari Dubai... boleh makan dengan roti canai. Kue raya pun ada dah malam tadi :d

Kami bersurai lebih kurang pukui 1 pagi.

:: mayday mayday mayday ::


5 pm tadi terima call dari opis, semua server down (80+ servers). demmm.... maknanya kami kena kerja 8 jam lebih untuk nak ready semua tu. Bila tanya apsal down, rupanya vendor electrical buat load test, tapi went wrong. Trip whole floor nih. Dah dapat info awal ni... mula la calling2 technical staff, vendor semua datang on site.

Lepas berbuka tadi, semua dah sampai on site. Vendor sorang ni tanya... "sabo ke?" hmmm... entah la. Segalanya mungkin dlm keadaan skrg ni. Nampaknya kenangan bersahur kat opis ni berulang lagi tahun ni. Tahun lepas pun penah gak major problem mcm ni. Jumaat lepas baru ke kami berbuka sama-sama kat Wong Solo. Malam ni dpt sahur sama2 plak.
Thanks lah pada staff dan vendor yang bertungkus lumus nak ready semua server ni... 80+ servers... sistem ni dah lama sangat dah... harap2 tak lama lagi diganti dengan sistem baru.

Nak sambung keja lagi.... daaa


:: menu pilihan ::



Alhamdulillah... sempurna sudah berbuka hari ni. Nasi, gulai ayam kampung, sayur keladi :-bd tambah lagi kue ketayap dan pulut bakar. Tapi macam tak dak chemistry plak menu tadi... gulai ayam kampung dgn sayur keladi. Sayur keladi pulak masin, berpada senduk garam agaknya depa bubuh. Aduhhh... potong stim. Nasib baik gulai ayam kampung jadi penyelamat.

Ketayap pun ok, pulut bakar plak mcm mentah lagi pulut tu. Susah juga nak duga kan... harapkan kejujuran dan keikhlasan tukang jual saja lah.

Daaaa....

:: terlalu ngantuk ::


Sejuk dalam opis nih, ramai juga yang bercuti, sunyi dan ngantuk giler...