:: aku sangap ::
Mengantuk nyeee!
Mungkin tak ada apa nak buat kat opis ni. Kalau lah big boss tak datang sini... kalau lah aku tak buat appointment dengan staff petang ni... kol 1 tengahari aku nak balik je tido kat umah. Nikmat nyeeee!
Adakah ini berpunca aku makan tosei Mamak Ali Maju cicah kari kaskas? Adakah kerana suasana opis ni yang agak sunyi dan semua pun dengan kerja sendiri?
Ni cerita lain pulak.
Malam tadi aku pergi dinner kat Restoran Telaga Buruk, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Dari luar nampak ok dah. Once kami duduk, lama juga baru depa mai amik oda. Itupun setelah aku gamit tangan kat pekerja dia. 1st impression aku... ni bisnis syok sendiri nih. Aku oda nasi goreng kampung, housemate oda nasi goreng sutun. Dia kata kena tunggu lama, tapi aku tengok customer lain tengah makan dah.
Lama juga kami tunggu... setengah jam nak jejak 1 jam makanan sampai. Aku dah lapar, so bedal je. Housemate aku kata agak kureng. Lepas makan kami lepak je situ, sebab dah tak de apa nak buat kat umah.
Dalam kol 11++ ada satu kereta Audi parking depan restoran tu. Turun lah sepasang suami isteri lalu masuk restoran tersebut. Lalu mereka didatangi oleh pekerja restoran berborak sesuatu. Lalu customer tersebut kaluar dan menaiki kereta semula. Aku agak2 je... awal lagi dah nak tutup. Aku ngan housemate bincang pasal kejadian tersebut.
Then, housemate aku panggil pekerja yang borang dengan customer tadi. Tanya... kenapa? Rupanya, tokey restoran suruh tutup jam 12 malam. Housemate aku tanya lagi, orang tak tau you all tutup kol 12 mlm... mana you all letak signage business hours?
Tak lama lagi datang pula satu family kecil terus duduk kat meja. Mereka pula didatangi oleh pekerja restoran bagitau dah nak tutup. Tak lama lepas tu masuk pula 4 orang anak muda untuk makan di situ. Nasib mereka pun sama.
Masa kami nak bayar di kaunter... sempat lagi bertukar2 pandangan dengan tukang kira pasal tiga kejadian tadi. Kami suruh dia panggil tokey, tapi dia tak mau...
Restoran dah elok, tapi tokey pulak syok sendiri...
Ok dah ilang mengantuk :d
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
agaknya masing masing maleh lagi nak keje.. mood raya ada lagi tu..
tapi tak patut la.. letak la sign ke apa ke bg tau tutup kul berapa..
itu lah... kalau tak pun sorang pekerja dia buat2 la tutup grill, atau berdiri depan... bgtau dah nak tutup...
Komen saya - saya buat entri lah...
ohhh begitu citernya...
tokey dia tak kisah pun... kami plak tak puas ati :))
oh... makan nasi goreng yang adik saya atikah buat lagi best... cepat siap, panas n pedas lagi tu. :D
oh... makan nasi goreng yang adik saya atikah buat lagi best... cepat siap, panas n pedas lagi tu. :D
oh... makan nasi goreng yang adik saya atikah buat lagi best... cepat siap, panas n pedas lagi tu. :D
bila adik atikah nk grg nasi lagi?
3x komen adalah sangat afdal. hahahaha. by the way, azura ada mug yang sama macam tu cuma corak je lain. :D
:-bd
tak pe azura... saya tak kecik hati pun he he he
buat nanya orang lapaq ja pi kedai mcm tu..ishk..
Post a Comment