Quotation of the Day

:: tereksiden ::


Salam semua kawan2... update jua blog ini. Hikmah eksiden awal pagi tadi... hari ni aku bangun agak awal dari biasa, memang awal... ada cukup masa utk selesaikan segala kewajipan dan keperluan biasa.

Bila semuanya segalanya siap awal, boleh la pergi kerja awal. Mungkin hari ni lupa nak niat pergi kerja kerana Allah, baru saja keluar dari rumah... keadaan tak mcm biasa. Jam yang agak teruk, tak pernah mcm tu pun. Dalam kesesakan mcm tu, masing2 nak ambil peluang yang diberikan oleh mereka yang baik hati. Termasuk lah aku, tapi silverferio tereksiden sikit.

sF masih cacat setelah digodek2 oleh tukang besi





Malas plak nak tulis...

: : yes!!!! : :


Macam biasa... Isnin aku bermula petang Ahad. Setiap petang Ahad, aku akan call staf yang kerja hari minggu untuk menyibuk tanya sistem. Kalau ok, aku minta depa update jelah from time to time.
Petang semalam, pegi Alamanda nak tengok Street Fighter. Sblm muve start, staf call... one server kaput! aahhh bencana!!!
Guide him what to do, contact vendors and update aku from time to time. Tapi aku tetap juga nak tgk muve...
Habis muve, aku balik truss rumah utk followup dan buat arrangement, update sapa2 lah yang berkaitan. DONE!
Hari ni barulah tengok betul2... sampai siap. Tq to my team and vendors.
Tapi sepanjang cuti sekolah ni... memang hari2 yang agak mencabar buat aku dan team... semangat harus kental.

: : Monas : :


8 March 2009, Lokasi : Jalan Taman Silang Monas, Jakarta Pusat.
Menumen ini mula dibina pada 17 Ogos 1961 dan siap pada tahun 1975. Pakar2 yang terlibat dalam fasa merancang senibina dan pembinaan adalah Ir. Rooseno, Ir. Sudarsono dan juga Ir. Soekarno.

Monumen Nasional (Monas) setinggi 137 meter merupakan mercutanda Jakarta. Tarikan yang terdapat di sini ialah pemandangan Kota Jakarta daripada Observation Deck, diorama yang terdapat di lantai dasar, teks2 Presiden Ir. Soekarno, segaram TNI dan peta Indonesia. Fasiliti lain yang terdapat di sini ialah perpustakaan dan ruang kantor. Biasanya demonstrasi besar-besaran juga turut dibuat di sini (biasa tengok kan di TV).

Ketika kerata dari Bandung menghampiri Stasiun Gambir, memang jelas kelihatan puncak Monas. Tibanya di Gambir, sempat bertanya pada supir taksi untuk masuk ke Merdeka Square. Agak mudah untuk ke situ. Setelah bergambar sekitar Medeka Square yang berlatarbelakang Monas dan bangunan2 di belakangnya, perjalanan diteruskan untuk mencari Hotel Wiltop. Environment & lokasi hotel agak kurang memuaskan huhuhu... rasanya Hotel Melawai di Blok M lebih bagus.

Kerana kesuntukan masa di Jakarta, tidak banyak tempat yang sempat dilawati. Malamnya makan di KL Village Kopitiam, Jalan Jaksa, Kebon Sirih. Selesai makan, sempat bersiar bersiar sekitar Jalan Sudirman, lewat Senayan , Blok M, Malaysia's Embassy dan ke utara sekitar Ancol.
Satu malam memang tidak cukup untuk jelajah Kota Jakarta.

Destinasi lain yang belum sampai termasuk Bogor dan Puncak...

: : saat terakhir : :

'Penghibur jalanan di Kota Bandung - mereka bukan mengemis, mereka mencari rezeki'

Pengalaman disebalik lagu ni. Masa makan nasi pece lele kat Dago Atas, Bandung ramai juga anak2 kecil di sana lewat di situ sambil main alat muzik dan nyanyi. Datang lagi dua anak kecil sekitar 7 atau 8 tahun nyanyi lagu Saat Terakhir nih... aduhhh... tak tertelan nasi dalam mulut, mata pun hampir merah tahan sebak di hati... tergamam seketika...




: : kota kembang : :

Tanggal empat Maret, 2009 hingga lapan Maret, 2009

Rumah Gede - Kantor Pemerintah Bandung


Mercu tanda Bandung

Muzium Geologi Bandung

ie te be (ITB) waduhh!! gawat neh :D

Stasiun

Warung Nasi Duduk - pecel lele enak sekali. Ayoooo

Angkutan - jimat dan pantas

more pix @ fb... silakan




: : doa buat kita : :

...Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapan kami,
dan buat terang seluruh jalan hidup kami melangkah.

: : sindrom makan coklat : :



HERSHEY'S milk choc with almonds

Terima kasih buat sorang teman fb :)

Lama juga tak update kat sini. Banyak yang terlintas untuk dikongsi, tapi banyak juga kekangan kerja dan masa. Jadi lupa segalanya...

Lagipun tengah kelam kabut juga buat persiapan utk cuti panjang, untuk jalan2 melihat negara orang. Tapi apa yang nak disiapkan, sekadar duit penginapan dan pengangkutan. Yang tak kurang penting ialah kamera dan buku nota kecil untuk catatan perjalanan. Rugi juga sebab perjalanan2 terdahulu, aku tak pernah buat catatan. Sekadar berkongsi gambar sahaja.

Insha Allah... perjalanan kali ini akan aku kongsi dengan penuh informasi...