Quotation of the Day

: : aku bahagia : :

Cuba kawan2 semua bayangkan, pergi outstation selama 2 minggu tapi tertinggal wallet kat rumah. Dalam poket hanya ada det skeleng & henpon je...

Back in Dec, 1997... aku kena pegi outstation ke Tanjung selama 2 minggu. Dari KL aku naik bas dengan tiket yang disediakan oleh majikan. Hotel dan elaun dah disediakan oleh majikan jua. Zassssttt.... hampir tiba di Tanjung baru aku cek poket jeans. Alamak!!! wallet xdak. How come? Baru aku teringat right before aku keluar rumah, aku decide utk tukar jeans.

Calm je... walau pun xdak IC xdak det masa tu. Aku cuma ada staff card cum media@press je... aku gantung card ni je sepanjang masa. Aku harus ke hotel dulu bagi menenangkan minda yang kacau. Memandangkan aku tak berwang masa tu, kena la jalan kaki. It took almost 30 mins jalan kaki ke hotel.

Sampai hotel aku call member sekampung yang kerja di Tanjung. Selamat... dia boleh pinjamkan det dulu. Jantung aku kembali tenang setenang air kat swimming pool biru hotel. Dengan det tu aku perlu jimat cermat untuk bertahan selama 2 minggu. Rezeki aku murah juga di Tanjung. Ramai staff nak banje lunch, dinner... mungkin sebab aku terlebih rajin kerja pada masa tu kut...

Masa ni lah aku kenal Shahleesa Yusuf. Lessa ni mix Melayu Cina. Seronok kenal dan kawan dgn dia... dia ske berborak, tanya itu ini, rajin bawa aku jalan kat Tanjung, makan & lepak hingga aku terlupa aku tak berwang dan xdak IC. Tapi dia tak pernah tahu masalah aku masa tu... better mcm tu. Aku pun bukan jenis suka minta tolong, minta simpati bagai... kalau sengket sangat pun aku tak mencuri. Tapi segalanya dipermudahkan. Aku yakin Allah kabulkan doa aku setiap kali lepas solat aku tak penah lupa minta doa pada Allah supaya 'jauhkan aku dari kesedihan dan kesusahan dunia dan akhirat' :)

Sekembali aku balik dari Tanjung aku cek jeans aku. Wallet aku selamat. Tapi det di dalamnya tak beranak pinak.. aisehhh

9 comments:

Kakak Tiri said...

Best jugak kalau tinggalkan wallet, duit boleh beranak pinak.

Alamat setiap kali keluar rumah. Memang tak bawa walletlah jawabnya.

SilverFerio said...

tu lah kan...

tapi pada masa tu murah rezeki agaknya

Gee said...

ha ah.. kalau dah ada formula det beranak pinak jgn lupa bgtau kakak tau.. btw, mananya gambaw Leesa tu :D

SilverFerio said...

yeaa... mana gamba ngan leesa yer? penah bergambar ngan dia, mungkin simpan dalam koleksi album kat kg

aku la ros said...

mesti debar2 kan duit tak ada dlm tngan.. hehehhe..

Kakak Tiri said...

On second thots, if it happens again... walau kena outstation ke ceruk mana sekalipun... hatta ke UAE... tak perlu risau dah. Kan?!

SilverFerio said...

ros - debar kejap je la...

mem - la ni dh kena dabel chck sblm kuar umah :D

sue cipot said...

bro aku suke lah part ko doa tue.. hurmm aku xpnh lak nk doa mcm tue.. betol jugak kan napa slama ni aku xpernh nk doa smga ALLAH jauhkan aku dr smua tu kan...

'jauhkan aku dari kesedihan dan kesusahan dunia dan akhirat'

xmarah kan kalo aku pjam doa ko nie

SilverFerio said...

sue - mana2 ko rasa boleh guna pakai, ko amik la. mana2 yang tak baik dari aku ko jadikan dinding hikmat :D