: : why so like that? why so like this? : :


Niat di hati memang nak balik sambut Aidil Adha kat Langkawi. Tetiba jam 5 ptg Jumaat bos call, ada meeting major system upgrade dengan client jam 6.30 ptg. Dushhhh!!!! Meeting mula agak lewat, hampir 7 mlm hingga 9 malam. Kami kena sediakan kertas bajet dan perancangan projek ni pada Jumaat 12 Disember 2008. Sebelum tu ada satu lagi discussion dengan sub cons dan client pada 11 Disember. Heheheh... big bosses terpaksa natal cuti panjang masing2, aku pun terpaksa batal hajat nak cuti panjang kat Langkawi.

Tengah hari Sabtu, 6 Disember mak aku call dari Langkawi. Pilu je dengar suara dia tanya aku. "Tak balik raya ka" aku tergamam nak jawap apa. Kebetulan adik-beradik lain pun tak balik raya kat Langkawi. Masing2 nak balik 20 Disember ni masa majlis kenduri kat sana. Tak lama tu aku pun kata "tengok malam ni" tapi aku pun tak pasti aku nak balik ke tak? Mana nak cekau duit hari Sabtu kan. Duit dalam akaun bank aku dah supply semua kat adik aku utk preparation kawain dia. Hanya adik aku yang tau sebab apa aku tak balik raya ni. Aku tak bagitau pun dengan mak, dah berapa bulan ni aku dok supply duit kat adik aku.

Hari raya tak ada pun aktivit ziarah dan beraya. Lepas balik solat raya, aku dan Mie tengok tv sambil2 memikir nak lunch kat mana, petang nak buat apa... Tengahari kami keluar cari kedai mamak yang buka. Semua pun tutup. Kami lunch kat McD baru sebelah PKNS Bangi. Lepas makan dan borak2 kami balik umah layan tv lagi sampai bosan. Aku pun check muve online... banyak muve dah tengok. Jadi kami nak tengok 'Bodies of lies' kat MV sebab parking murah sikit,

Masuk je parking MV, jam plak. Kami tonton muve kol 6 ptg. Aku rasa aku tak patut tengok muve ni... duit teket tu mcm menyokong musuh Islam perkecilkan pejuang2 Islam. Cilaka!!! org putih nih. Kalau ada kawan2 yang nak pegi tengok muve ni, tok sah lah!!!

aku punya



Habis nonton kami masuk butik PUMA sebab ada stock clearance sales. 50% up to 80%. Aku terjebak juga beli sepasang snickers 70%. Mie plak beli macam2... tapi tak cecah rm200. Dalam sibuk2 nak bayar tu... kami ternampak awek kaunter bayar pakai jeans evisu PUMA. Sempat tanya dia beli kat mana, berapa harga. Dia kata kat The Gardens ada less 20%. Sempat juga kami pegi tengok. Harga dalam lingkungan rm600++


Masa naik tangga bergerak ke tingkat 3, kami nampak pula butik Armani Exchange. Selepas PUMA kami ke A/X nak tengok sunglasses. Pun ada less 20%. Mie beli, tapi aku hanya cuba pakai saja. Tapi kalau aku tak supply duit kat adik aku, aku pun sambar juga satu :))


Jam 10 malam kami pun balik ke Bangi. Sebelum sampai rumah, kami singgah kat stall burger yang satu2 nya mengadakan urusniaga. Lama juga tunggu kat situ sebab ramai yang membeli.


Pagi tadi, Mie terima panggilan daripada keluarganya di Terengganu. Nenek Mie telah kembali ke Rahmatullah pada subuh tadi. Pagi tadi juga Mie memandu balik ke kampungnya. Aku hanya mampu sedekahkan Al Fatehah buat arwah. Doaku semoga rohnya sejahtera di sana.


Esok aku akan mula kerja ...

Opssss nape tetiba jadi konpius plak nih :-? biarlah malas nak fikir dah

10 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

Pengorbanan abg terhadap adeknya...moga adek akan ingati...

FerioBiru said...

tak harap apa2 la... tanggungjawab abg

Pink Marie said...

bagus nye abg..

takziah dan al fatihah utk kawan baman tu..

NaD said...

meh sini nak tepuk pala kasi ilang konpius tuh.

bertuahnye adik baman. nad nak kawin sume duit korek sendiri je. abg long pun tatau ilang pi manaaa... sob.. sob..

Saya, Aku dan Kamu said...

bang, adik ni pun nak kawin gak ni. hahaha

xpe. sedikit yg kita beri dgn penuh keikhlasan akan didatangkan rezeki dgn lebih banyak lg. lebih2 lg kat family sendiri..

floweristachantress said...

al-fatehah utk arwah nenek tu..

tak pa.. perbuatan yg baik & ikhlas akan dibalas baik satu hari nanti.. kalau tak kat sini akan dpt jugak kat sana nanti.. kalau dpt kat sana lg best ;)
hugs.. :)

SitiNur said...

Man,anggaplah duit utk adik tu satu pergorbanan.Tak pa kita kalau slalu tolong org,sedekah apalagi adik-bradik kan.Tak semoga dimurahkan rezeki..

Al-Fatihah utk arwah nenek Mie.

FerioBiru said...

tq semua :)

Dory said...

byk tul sales kt kl.. xnak g kl.. takut terjebak.. hehe

FerioBiru said...

terjebak mega sale tak pe kan... kata nak tukar spek baru *wink2x