Quotation of the Day

: : kawan : :



Petang tadi kawan lama call, kawan kenal masa kerja kat NIOSH dulu. Sedar tak sedar dah lapan tahun kami kenal. Kami mula rapat bila sama-sama build up NIOSH Bintulu. Daripada survey lokasi hingga siap pejabat tu. Pengalaman paling bermakna sepanjang aku di NIOSH. Projek-projek seterusnya Johor, Terengganu, Kuching dan akhir sekali Kota Kinabalu pada Januari 2007. Tapi kami berlainan jabatan, dia pengurusan projek dan aku IT. Kami mudah bekerja bersama-sama. Tapi dalam kerja tak de more or less, tak puas hati berperang mulut juga. Tapi hanya dalam kerja, luar waktu kerja kami lupakan pasal kerja. Kawan-kawan lain naik hairan macam mana aku boleh ngan after office hour. Mungkin sebab tu... kami saling berhubung, minum kopi dan kongsi cerita kehidupan...

Sepanjang kami kerja di bawah satu bumbung, kerap juga dia ajak aku bersama dalam pengurusan projek. Cuma aku tak berminat kerja dengan dia sebab dia jenis baran sket. Kadang-kadang kesian je tengok staf dia. Better not lah. Setiap kali kami jumpa minum kopi dia masih lagi offer aku kerja. Cuma sekarang ni aku saja kata, kalau post MANAGER aku nak!!! kendian sama-sama gelak.

Setelah sekian lama tak jumpa, petang esok kami rancang nak jumpa dan minum kopi macam dulu-dulu sambil bercerita tentang kehidupan masing-masing.

5 comments:

Zu said...

esok dia jumpa kamu sure dia offer jadik manager ha apa nak jawab>???

SilverFerio said...

i'll consider ;)

Mademoiselle Cynicleopetra said...

I would rather not to work with frens...bukan apa...kekadang nih frens nih lebih bulu dari ayam...

kalau dah join kang...macam kita nih terhutang bodi gan depa...walaupun tu bukan company bapak depa...

as for me..rather work with stranger...

SilverFerio said...

i am professional enuf dealing this matters

SilverFerio said...

huh... such a long talk... sedar tak sedar dah kol 12 suku tgh malam. itupun sebab NuIn Cafe nak tutup.