: : j.a.c.k. & s.h.i.d.a. 2 : :


Hari ini aku meluangkan masa untuk ke Majlis Perkahwinan Syamsul Zahrin & Rashidah di Alor Gajah. Sepatutnya aku pergi ke rumah Jack di Kulaifornia pada 16 Ogos 2008. Tapi kawan2 ajak pegi ke rumah Shida saja. Aku & Ding tumpang Megat. Memandangkan masa masih banyak, so kami singgah minum kat kedai kopi Rembau.

Kami sampai di rumah Atok Shida kol 12:30 memang timing yang sesuai untuk lunch. Ini lah menu lunch kat rumah kenuri. Daging bakar masak lemak, ayam goreng rempah & kerabu. Air kenuri kawen standard dah... air sirap :d

Kalau ikutkan aturcara majlis. Pengantin lelaki sampai kol 12:45 cumanya ketibaan rombongan agak lewat sedikit dalam kol 01:00 So majlis Marhaban dimulakan juga sebelum ketibaan rombongan pengantin lelaki. Sementara menunggu tu, aku pekena cendol semangkuk. POWER!!!!

Tak lama lepas tu, Jack dan rombongan pun sampai. Jack & Shida pilih tema kaler GOLD



Sempat jua borak2 dgn Ibu & Ayah. Mereka sungguh2 suruh aku pergi Kulaifornia 16 Ogos nanti. Pergi Jumaat tido sana. "tido rumah ibu, ibu bagi bilik". Serba salah plak rasanya. Itulah kelemahan aku. Memang dari kali akhir aku jumpa ibu & ayah April lepas mereka suruh pergi Kulaifornia.

Apa2 pun selamat menempuh alam berumah tangga buat Jack & Shida...

10 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

selamat pengantin baru buat jack gan shida...lawa pulak warna baju mereka nih...

FerioBiru said...

next week plak kaler ijau ;)

aNnE^wHaTeVeR said...

16 august????????

Warnawanie said...

selamat pengantin baru jack and shida~!!!

sue cipot said...

selamat pegantin baru buat azman ahmad..

semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

eh silap skrip ker? sori2..

selamat pgantin baru buat shida & jack

SitiNur said...

Daging bakar masak lemak!Ya Allah lama dah xmakan. Gambar nasi tu memang mengoda betui!

FerioBiru said...

amin kan saja kata2 hang tu...

siti... ingat nak makan kali kedua sebelum balik ari tu... tapi kwn2 dah masuk keta

SitiNur said...

slalu kalau kenuri ni kita segan nak tambah..hehe

FerioBiru said...

mcm kat kenuri kwn nih... memang kenal rapat ngan family dua2 belah pengantin.... jadi x kisah sgt la hehehe

Mem Aluya said...

Cantik la Shida.

Congrats.