"Fell no pain, but my life ain't easy.
I know I'm my best friend. No one cares, but I'm so much stronger. I'll fight until the end. To escape from the true false world"
~Tuhanku! Jika Engkau telah mendekatkanku kepadaMu, siapa lagi yang dapat menjauhkanku daripadaMu?! Jika Engkau memuliakanku denganMu, siapa lagi yang dapat menghinakanku?! Dan jika Engkau mengangkatku ke tempat ketinggianMu, siapa lagi yang dapat merendahkanku?!
~Tuhanku! Alangkah runsingnya hati yang tidak pernah mengingatiMu, dan alangkah rosaknya hati yang tidak pernah merasa takut kepadaMu, dan alangkah tidak berertinya gembira yang tidak dapat rasa cinta kepadaMu!
~Tuhanku! Kasihanilah aku, kerana aku sentiasa lemah ketika sedang lelah, jahil terhadap alasan, dan selalu terharu ketika dalam memohon!
~Tuhanku! Janganlah jadikan aku di antara orang-orang yang Engkau palingkan daripadanya wajahMu, dan di antara orang-orang yang Engkau tabirkan kepadanya keampunanMu, dan Engkau tutupkan kepadanya pintuMu, dan Engkau putuskan daripadanya sebab-musabab perlindunganMu, dan Engkau serahkan dirinya kepadanya sendiri, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu.
5 comments:
salah bantal tu...
heyyyyyyyyy teringat cerite hantu korea yg duk tenggek kat blakang org tuh...ish die nih la....
huhuhu bantal x buat salah pe2 pun
Ex-gf kamu ada prezen kamera Leica tak? Masa dulu-dulu??
sebab tu lah mem... sebab tu lah kami x blh b'sama :))
Post a Comment