Quotation of the Day

: : l.u.n.c.h. r.m.1.0. @SR : :

Awal pagi silverferio meluncur laju ke Bkt Jelutong. Lebih seminggu aku tak jejak kaki ke sana. Tapi pagi tadi aku mcm terpanggil utk tengok projek di sana.

Sampai saja Bkt Jelutong, aku terus ke kedai kopi untuk sarapan. Menu pagi tadi nasi lemak bungkus, kopi ais. Selesai sarapan, aku menuju ke pusat pemulihan bencana (DRC)untuk mula kerja.

Leka kerja sorang dalam bilik berpagar tu memang tak terasa masa berlalu. Sampailah Wahedah masuk ke bilik berpagar ajak lunch kat SR. Kat DRC memang tak akan ada kafe. Tiap2 hari kena keluar. Hari ni aku ikut dia org lunch kat SR Bkt Jelutong. Ramaiii 10 org. Rupanya hari ni hari akhir promosi kat SR RM10. Aku pekena nasi & ayam black pepper, teh o ais. kira kira semua RM11.50 Alhamdulillah!!!

Balik ke DRC aku sambung kerja dokumentasi. Sambil2 boleh berborak ngan kawan2 dan team members untuk projek ni. Team aku yang berdedikasi dan pakar dalam bidang masing2. Epul - Mid Range Engineer, Zainy - Open Source Engineer & Wahedah - Database Administrator. Projek ni masih perlu lalui beberapa siri ujian sebelum diserahkan kepada client. Aku tau, motivasi dah makin menurun. Tapi kena redah juga. Kalau ikutkan aku, bila dah sampai stage ni aku nak saja panggil expert untuk testing & fix error. Projek ni memang complicated. Aku kata mcm ni sebab aku kerja di production site yang menggunakan sistem ini sepenuhnya. Melibatkan multivendors. Tapi di DRC hanya kami berempat. I need the miracle. OK leave it for today....

Bila senja aku pun balik ke Bangi. Laluan paling selesa pada waktu senja sudah semestinya ELITE. Tapi kat Tol Putrajaya aku terlalu hampir nak langgar palang lorong SmarTag. Macam biasa aku cuma slow down je, memang palang akan naik. Tapi tadi palang tu tertidur agaknya, silverferio berhenti pada jarak dekat je antara windscreen dgn palang. Paling jauh pun 3 inci aku rasa. Ini pengalaman kali ke 2 mcm ni. Dulu sekali kawan pegang SmartTag tu terbalik. Hampir2 juga nak touch palang.

Sebelum kejadian tadi, aku mengantuk sangat. Tak tahan mata, masa tu kalau kat rumah memang selamat tidur lah. Sampai je rumah, aku cepat2 solat Maghrib dan tidur depan tv...

Selesai...

10 comments:

lil^RED799 said...

sgt tak suke benci palang smart tag yg lagging semedang!

SilverFerio said...

tapi ptg td tu bkn lag. kena touch kat TnG plak... huhuhu

~ beaber ~ said...

huhuhu sib baik sempat test brake ... huhuhhuhu

SilverFerio said...

hahaha... real test

NaD said...

palang tu penat agaknya..

SilverFerio said...

ya ya... think so...

sue cipot said...

ayooooo bro take care lah.. u need rest lorr

Hanamichi_Sakuragi said...

ko bernasib baik tau semlm...lenkali kena hati2

Dory said...

lame tak minum kopi.. sok bfast nak minum laa... hehhe

SilverFerio said...

ahaaaa... dh lama gak tak minum kopi