: : mustika : :
Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu
Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti
Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan
Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika
: : here & now : :
Jum kita buat 5% stretch dalam aktiviti harian & kerja kita. Sama-sama kita tengok hasilnya :D
: : pesta makan aidil fitri : :
: : ciken chop desa surada : :
"Rezeki kita ditentukan Allah Ta'ala" - Amir Hamzah. Aku angguk kepala.
"Haram kalau kita tutup rezeki orang" - Amir Hamzah. Aku angguk lagi.
"Semoga Allah lembutkan hati dia" - kata hati aku.
: : khas buat azura hashim : :
: : azab malam : :
Tiap-tiap malam aku pasti lalui azab nih. Melainkan esoknya aku bercuti. Setiap kali mengharungi azab tersebut, aku dapat rasakan stress level aku agak tinggi. Tapi bgaimana ya...
: : hari cuti ku : :
1. nak pi minum kat mamak... pekena tosei, teh tarik, baca sorat habaq pasai harga petrol turun lagi.
2. nak pi kedai jam William, nak tengok2 kut2 ada jam yang aku bekenan.
3. kalau tak jadi pi William, balik umah layan bantal, layan tv.
Aku coti sebab kazen dari Langkawi ada kat umah. Kesian dia dok sorang2, susah dia nak cari makan kalau aku tak de kat umah. Baik aku coti... boleh gak aku rest.
: : aku punya rasa, aku punya suka : :
: : kawan kopitiam : :
sinonim dah ngan mana2 kopitiam, gambar2 b&w
Lunch tadi aku dan Din jalan2 cari makan di Bangi. Kami singgah makan kat KAWAN KOPITIAM milik Ezzah Aziz Fawzy. Ada kacang pool liew, tapi timing tak kena plak. Chef kacang pool masuk keja 5.30 pm. Aisehhh... have to come back lor... Oleh kerna kopitiam ni server makanan Johor, makan aku oda mee bandung Muar. Pehhhh ada rasa lah... ;)
KAWAN KOPITIAM at 26 Jalan 3/69 section 3 /Fasa 3 tambahan, Bandar Baru Bangi. Behind the fasa 3 Petronas station, 12 o clock from the UKM roundabout via Bangi tol.
Presents ala carte CHINESE STYLE DELIGHTS as below;
Noodles Kung Fu style, Noodles Szechuan style, Noddles Hainanese style, Yam chow fried rice, Hot Szechuan fried rice, Chicken Porridge, Old style Nasi Lemak with sambal like the olden days, Special nyonya Kari Laksa on Saturdays and Sundays only, MEE UDANGYing Yang Nooodles, Singapore fried Bee hoon, CUCUR UDANG.
Voted top 5 by readers of THE STAR, SPECIAL JOHORIAN FAVOURITES MEE BANDUNG MUAR, MEE REBUS, LAKSA JOHOR, KACANG POOL
[source]
: : joe & faridah : :
Kawan2 tgk tayangan gambar 'Joe & Faridah' tak kat ASTRO RIA baru2 ni. Lakonan Adlin Aman Ramli & Erra Fazira.
Gambar tu citer pasal coincident after coincident and after coincident dan juga result.
Gambar tu kelakar juga... banyak kali ditayangkan. Tiap2 kali kalau ada peluang aku tengok lagi.
: : aku bahagia : :
Back in Dec, 1997... aku kena pegi outstation ke Tanjung selama 2 minggu. Dari KL aku naik bas dengan tiket yang disediakan oleh majikan. Hotel dan elaun dah disediakan oleh majikan jua. Zassssttt.... hampir tiba di Tanjung baru aku cek poket jeans. Alamak!!! wallet xdak. How come? Baru aku teringat right before aku keluar rumah, aku decide utk tukar jeans.
Calm je... walau pun xdak IC xdak det masa tu. Aku cuma ada staff card cum media@press je... aku gantung card ni je sepanjang masa. Aku harus ke hotel dulu bagi menenangkan minda yang kacau. Memandangkan aku tak berwang masa tu, kena la jalan kaki. It took almost 30 mins jalan kaki ke hotel.
Sampai hotel aku call member sekampung yang kerja di Tanjung. Selamat... dia boleh pinjamkan det dulu. Jantung aku kembali tenang setenang air kat swimming pool biru hotel. Dengan det tu aku perlu jimat cermat untuk bertahan selama 2 minggu. Rezeki aku murah juga di Tanjung. Ramai staff nak banje lunch, dinner... mungkin sebab aku terlebih rajin kerja pada masa tu kut...
Masa ni lah aku kenal Shahleesa Yusuf. Lessa ni mix Melayu Cina. Seronok kenal dan kawan dgn dia... dia ske berborak, tanya itu ini, rajin bawa aku jalan kat Tanjung, makan & lepak hingga aku terlupa aku tak berwang dan xdak IC. Tapi dia tak pernah tahu masalah aku masa tu... better mcm tu. Aku pun bukan jenis suka minta tolong, minta simpati bagai... kalau sengket sangat pun aku tak mencuri. Tapi segalanya dipermudahkan. Aku yakin Allah kabulkan doa aku setiap kali lepas solat aku tak penah lupa minta doa pada Allah supaya 'jauhkan aku dari kesedihan dan kesusahan dunia dan akhirat' :)
Sekembali aku balik dari Tanjung aku cek jeans aku. Wallet aku selamat. Tapi det di dalamnya tak beranak pinak.. aisehhh
: : chemical bonding : :
: : mata : :
: : sup perut kg raja : :
Kebetulan malam tu kami sampai megi dah abis. Kawan aku bertanya, kalau kami beli megi, kak blh masak tak? Boleh!!! Dengan pantas kami cari kedai runcit yang masih buka di sekitar medan selera itu. Rupanya kak kedai sup nih guna Mamee (org kg raya sebut bunyi memi) :D
: : hingga menjilat jari : :
: : soto India : :
: : open house raya @pwtc : :
Lama juga kami kena Q nak naik tangga untuk ke dewan. Kat tangga akhir, aku & Mie menyelinap sket. Last2... kami boleh masuk ke Dewan Merdeka utk VIP. Bila masuk dalam nampak ramai plak pak menteri dok tunggu nak salam. Aku dah agak... bukan tempat kami. Tapi muka kena penuh yakin.
Aku heran jugak la... mana pegi Cina & India ramai2 tadi... rupanya mereka masuk ke dewan2 kecil yang lagi empat tu.
Nash pun ada, dia bawa bersama anak2nya...
: : lebaran ini : :
: : lelong raya : :
camner ropa tudung datuk k nihbaju melayu sepasang rm50... murah sudah
macam macam ada...
aneka tas tangan... yang ni tak tau plak harganya
tu dia kalong raya... macam macam rona
bagi aku yang dh prepare awal2 utk raya... rasa frust sket la... banding ngan pelaburan awal yang aku dah buat utk raya tahun nih. baju melayu aku rm200++, sampin rm85 baju melayu tadi rm50, sampin rm30... next yer kena buat keputusan yang lebih bijak :)