: : b.a.w.a.k.u. t.e.r.b.a.n.g. : :

kak puspa rizal - ya ya i got your new number. dont worry dont worry, i'll call you

meg... bila blh jumpa lagi. minum kopi!! PL lari tema plak

hahaha raya open opis

one of my fav. baju melayu...

me wearing satu2nya baju beli siap. i like the kain... from india katanya. kaler purple

Shira - anak mami penang

merah liew

Bawaku Terbang (Studio Version) - The Fabulous Cats

: : s.e.l.a.m.a.t. k.a.w.e.n. s.i.t.i. b.a.d. & i.r.w.a.n. : :

Selamat Pengantin Baru
Irwan & Siti Bad


Petang semalam Irwan SMS aku jemput ke majlis walimatulurus di rumah orang tuanya di Paroi Seremban.

Oleh kerna Irwan ni housemate aku & Mie, so aku decide pergi ngan Mie. Dah dekat nak smpai rumah Iwan, kami nampak keta Jack kat depan. Follow je lah. Jack dgn tunang dia Shida. Dia org pun dah nak nikah 08.08.08 jam 8.08 malam hehehe... tadi Jack bagi kad jemputan kaler ijau

Balik pada kisah Siti Bad dan Irwan, mereka ni kerja kat NIOSH. Dulu2 memang same department, ICT. Siti Bad dah transfer ke GM Office, Irwan transfer ke Industrial Hygiene. But now, Siti Bad dah pindah semula ke ICT. Kalau dah jodoh, serumah jua akhirnya...

: : p.e.r.g.i. : :

semoga
dia benar-benar telah pergi
dan tidak lagi kembali.

andai sesekali
dia datang mengintai
biarlah hatinya turut ceria
seperti kita.

ini hanya permaianan maya
yang kita cipta bersama.
andai permainan ini
membuat kita berduka
segeralah kita kembali
ke alam realiti.

zizie ali
03.05.06

: : s.y.s.t.e.m. d.o.w.n. : :

apa hal la aku hari ni... semua2 pun tak best. dari malam tadi lagi aku dh dpt rasakan. when the day come, sah la apa yang aku rasa malam tadi. aku pun tak tau sebab musabab, this happened a few times b4...

lately aku suke layan clip Dato' M. Daud Kilau. housemate pun ok je... suke :))


: : s.e.p.a.s.a.n.g. c.e.k.a.k. m.u.s.a.n.g. b.i.r.u. : :


ENTAH semangat apa masuk dalam badan pagi tadi. Semangat nak cari kain untuk buat baju raya :d

Malam tadi sempat ym ngan nur, tanya mana nak dpt kain yang cantik dan harga patut. nur suggest Kamdar Prima Saujana. Memang convenience lah kat situ. 1st time juga lah aku sampai situ.

Masuk je Kamdar aku cari2 bahagian kain kosong kaler-kaler. Memang tak plan nak kaler apa pun. Cuma mata terfokus kat kain ni jer... pusing2 pun tetap jeling2 kain tu jua. Memang gulung kain biru tu belum terusik. Mungkin harga agak mahal atau tak de yang suke biru.

On the way back home, kat pekan Kajang aku ternampak papan tanda 'dzull declassique'. Housemate pun penah tempah baju melayu kat situ. Aku pun nak la jua tempah kat situ. Macam biasa, aku masih kekalkan baju cekak musang, kancing lima. Harga tempahan pun dah naik rupanya. Kali akhir aku tempah rm80, tapi sekarang dah rm95. Kalau aku congak-congak, sama saja baju dah siap. Tapi aku memang tak penah beli baju melayu yang dah siap.

Nak balik umah ke tak.. nak balik tak? Aku rasa nak makan laksa Rimba & cendol. Ramai gak pelanggan, Sementara tunggu oda, Cik Sharel ngan Kak Chik tercegat di depan aku. Kami borak-borak dan makan sama-sama. Terima kasih Cik Sharel pemurah itu belanja aku.

Petang ni aku nak pi gym...

: : t.e.r.j.a.g.a. d.a.r.i. m.i.m.p.i. : :

aku dan adik aku bongsu berjalan ke sebuah rumah. selepas bagi salam aku dengar ada org jawab salam dari dalam rumah. kemdian keluarlah mak angkat aku. aku dan adik masuk ke dalam. kami jumpa mak dan juga kebanyakan ahli kuarga mak angkat aku. kami bersalam dengan semua. aku dan adik masuk ke bilik tidur utama untuk jumpa pak angkat, tapi yang ada bapa sendiri sedang duduk atas tilam sambil baca buku agama / kitab yang selalu dibacanya. kami mula bersalam semut, dan bapa mula bicara. aku memang tak ingat topik2 mula. makin lama suara bapa makin garau, makin getar. aku dan adik hanya tunduk tak berkata apa2. suara bapa makin sebak. kami mula memegang tangan bapa untuk beri dia kekuatan bercakap. dalam tangis dan sebak inilah kekata dia yang aku masih ingat.

"mungkin nanti kalau bapa dah tak ada jangan sekali menyesal yang lepas2. jagalah mak macam mana bapa jaganya. sama-sama tengok bendang, kebun dan rumah"

banyak lagi kekatanya yang aku tak ingat.

kat rumah mak angkat aku sempat jumpa semua anak2 mak angkat aku kak yati, kak not, hamka, abg zul, kak ain, abg ari.

bila aku terjaga dari tidur, memang berpeluh dahi dan kepala yang botak nih. macam-macam menerjah masuk dalam kepala. kejap lagi aku nak telefon ke kampung bertanyakan khabar semua...

: : u.p.d.a.t.e. : :

ekceli kepala otak masih tepu sebab baru balik kursus 3 hari. Petang tadi ada exam lagi haa... kalau lulus exam ni aku ni Certified IT Manager huwaakakkaka... tiap2 bulan ada elaun rm0.5k

: : ni je joke yang nak kongsi : :

mat a : what is your password?
mat b: secret

mat a: again!!!
mat b: it is secret

mat a: cmon... dont play play, dont u see my pending list?
mat b: i told u, my password is secret.

:))

: : h.a.r.i. c.u.t.i.k.u. : :


Ekceli hari ni aku tak sepatutnya cuti sebab ada 2 meeting dengan JPN. aku aku cuti demi aku sendiri. ada isu penting perlu diselesaikan. Alhamdulillah!!


Aku pegi TH pun mudah urusan. Tak penah pak cik buka pintu borak ngan aku sblm ni. Takat salam dan senyum saja. Tapi hari ni kemi sempat borak2. Dia kata sebelum ni aku pakai kemas. Tapi hari ni pakai biasa. Maknanya aku cuti. Giliran aku yang agak jauh dicepatkan jua. Alhamdulillah!!!!


Bila dah selesai isu tadi, aku berhajat plak nak makan beriyani kambing kat Anje 15. Alhamdulillah!!!


Walaupun aku cuti, tapi banyak calling dari opis. Sedang tido ada call, nak berak ada call... last call aku terima lebih kurang kol 3 ptg. Aku kena pegi meeting kol pat setengah ptg. Meeting ni sebab nak plan keja utk tiga hari bermula esok. Esok, lusa & tulat aku akan berkursus di Holiday Villa Subang. Semua kerja-kerja aku utk tiga hari tu aku present pada team. Alhamdulliah!!!


Alhamdulillah!!! segala urusan aku hari ni mudah.
Setelah keja kuat siang malam, aku berhajat nak beli polo shirt Ralph Lauren atas tuh. Kalau la aku kapel ngan anak dara tan sri mana2 leh gak soh belikan lalalala... cakap memang mudah, cakap memang murah... modal ayaq lioq sajaaa

: : z.e.n. b.y. S.R. : :

Malam tadi aku memang berhajat nak tgk muve tamil. Bangun pun awal, semangat macam pagi raya puasa. Lepas siap mandi call kawan nak ajak minum pagi, mkn roti canai dulu. Lepas tu ingat blh terus pegi panggung. Kalo pagi maybe xde la ramai keling, depa pun lom bangkit tidok lagi time mcm tu :D

Kami pun minum kat tmpt biasa lah... aku memang tau kwn ni ada masalah kuarga. Dia masih buntu lagi. Dia perlu kawan nak luahkan, nak minta pendapat. Kdg2 dia minta keputusan... mcm biasa aku ligat fikir bagi dia option. Dia fikir2 la utk buat keputusan.

Dalam mana2 keadaan aku ni tak suke bayangkan aku ni dia. Sebab aku tak nak sokong mana2. Semua pandangan adalah dari aku sbg org luar.

Lama juga kami borak. Smpai la dia ajak aku jalan2 ke MV. Tapi dia x nak drive. Tapi xkisah la lesen memandu aku idup lagi smpai ujung bulan ni. Jalan masuk KL jam, so aku cari jalan alternatif.

Dh smpai MV aku mcm buntu kejap sebab xtau nak wat pe. Dia pun xde tujuan, aku plak cuma nak temankan dia je. So jadi aku tawaf je outlet dlm MV tu dari tingkat ke tingkat. Jumpa kedai juai air kami beli, minum smbil jalan2 sambil borak pe2 ntah. At last aku dah habis tawaf, perut pun lapo balik. Aku pegi food junction tapi dia x kenan. Kotor katanya... jalan2 tu jumpa ZEN by SR. Dia ok kat situ, tapi dia nak minum je. Aku je makan sorang 'catch of the day' mmmsedap!!! Lama kami lepak kat Zen, selesa kat situ sebab x ramai org. Org ramai lalu lalang ada la ;)

Lepas tu aku drive balik Bangi, balik umah aku sebab dia nak lepak kt umah aku kejap. Skrg ni aku meniarap depan tv, dia plak dok conference ngan wife dia. Dia jalan ke mudar madir dalam umah aku.

Aku rasa aku dah tau apa keputusan dia nanti...

: : D.a.s.a.v.a.t.h.a.r.a.m. : :


esok kalo bosan2 tido rasa mcm nak pi tgk muve citer nih. biarlah tak paham pun.
nak gelak2 aje. kawan yang nak banje tgk hancock pun sonyap jo. dulu tengok sivaji the boss pun gelak sakan... keling2 dalam panggung belum gelak aku dah gelak sakan. apa ada hal... bau keling pun bau keling lah. aku sembur la minyak esen banyak2. apa ada hal...



: : t.a.n.d.u.s. i.d.e.a. : :


sampai saat ini masih ketandusan idea. jom makan!!!! mamee sllrrrrp!!! ni dari hamper family day baru2 ni. walaupun x dpt pegi sebab kena keja, tapi dapat gak hamper & lucky draw dpt blender


sebenaqnya malas nak kuar cari makan.

: : a.k.u. k.e. m.a.c.a.m. t.u.?. : :

malam tadi 1st time aku picit horn silverferio sebab bengang ngan suv yang tetiba overtake depan aku. kalo dia tak buat aku kena tekan brek aku tak kisah pun, aku mana penah kisah semua tuh. sblm ni bukan aku tak penah kena mcm tu, tapi aku tetap brek juga, xde pun nak picit2 horn. aku fikir mungkin aku stress kerja agaknya... semalam memang stress pun bila sistem yang dah elok tetiba wenggg... seharian aku dok godek2 memang tak jalan. sebelum balik tu aku terselisih dgn budak network configure router hari khamis lepas. bila aku citer masalah tadi, dia pun check la pat router config dia... whhooooo dia ubah config la. ADOIIIII... kejap je dia ubah balik, aku pun cek ok @*&%&!*&%

lepas tu aku follow rapat suv tadi. (perangai gegila lama dulu memang lom buang pun, pendam je) bila kat jalan lengang sket aku mula la himpit suv tu ke tepi devider. dia tak horn aku pun, lepas tu masuk depan dia aku slow je 60 kmh gitu kat federal hiway. dia nak overtake kiri aku masuk kiri, dia nak ke kanan aku ke kanan. dia tak horn, cuma dia boh hi beam je. ala aku tak kisah pun. aku layan mcm tu smpai aku rasa normal balik... mcm tak de pe2. aku pun masuk ke lane tengah balik drive mcm biasa.

aku tak rasa pun mcm pembuli jalanan. sebab suv tu yang mulakan. masa tu aku tak kisah pun apa nak jadi.

hari ni aku tenang, setenang air di kali =)) jom pasang lagu toyol

: : ... : :

jap tadi mak call dari Langkawi. dah lama nak call tapi lupa. tok suruh call sebab dah lama tak de berita. bila nak balik? dah musim buah. adik2 pun belum balik lagi. tak de sapa nak makan buah2 tu.


Lepas tu aku bingung kejap... cuba recall bila kali akhir aku call family kat kg? so long ago... no wonder mak call. huhhhh betuah punya anak.


-------------------------------------------------


lately, aku kerap habiskan masa ngan sorg kwn kt niosh. dia plak ada masalah dan perlukan tempat utk luahkan apa yang terbuku. skrg ni balik keja je aku ajak dia kuar minum sambil borak. dia bebas cakap pe saja, aku dengar, kdg2 aku basuh dia juga. hopefully, tak lama lagi masalah dia satel.


------------------------------------------------


keja aku plak makin rumit. satel satu, satu lagi timbui... mcm tu lah adanya. memang mencabar segalanya. tapi aku dah mamai dgn semua ni. problem kena satel cepat. tu lah kdg2 balik subuh, weekend pun keja... sebab aku tak suke org membising, mengata itu ini. aku dh boleh absorb.


--------------------------------------------------


weekend baru ni aku luangkan sikit masa utk diri sendiri. make a trip to TI. misi hari sabtu, nak pegi kenuri kawen kak chik. lepas tu wat aktiviti bebas ke menara condong. hari tu baru aku tau nape ia condong. kat bhg atas menara ada tangki air untuk rumah sekitar pasar tu, tanah kat situ plak lembut, pastu kawasan pasar tu kerap banjir. semua2 tu menyumbang kpd menara jadi condong.


menara juga ada jam besar teknologi lama. besar sungguh mesin2 jam nih, ada tukul2 lagi haa. pasak pun guna nat & bol yang besar penumbuk bebudak....

ingat nak boh bnyk pics... mood lom mai lagi

: : w.e.d.d.i.n.g. d.a.y. : :

SELAMAT PENGANTIN BARU
*khingggg
tak dapat amik gambo dgn dua2 mempelai.
kena tangkap one by one :d



lama tak jumpa Put...
mem aluyah... tq sebab sediakan Pic 'tuk entertain penduduk kg seri 360.
oso met wit kak yang, arief, sofea & iwan

acara panjat menara condong

: : s.e.m.p.e.n.a. b.i.r.t.h.d.a.y. m.e.m. a.l.u.y.a.h. : :

Lima julai dua ribu lapan ni birthday mem aluyah. Jom kita celebrate beramai-ramai di Teluk Intan kat kenuri kawin adik nya iaitu kak chik.

Jom la... silverferio ada 3 kekosongan tempat duduk.

Chantekkkk!!!

: : A.K.U. : :

Aku
Mana ada lain
Zahir dan batin
Hadir dalaqm cermin
Dalam mimpi bermain
Diri jati bernamakan aku

Mana ada kawan
Kiri dan kanan
Manis cuma depan
Budi satu mainan
Hanya helah membuka jalan
Untuk sampai ke impian
Itu sahaja kau fikirkan
Itu sahaja kau pentingkan

Aku hanya aku
Aku tahu diriku
Aku cari aku
Aku jumpa diriku
Aku betul aku
Aku salah diriku

: : k.e.c.o.r.o.n.g. u.n.t.u.k. s.i.a.p.a. : :

Sabtu lepas aku balik dari kerja 6 pagi. Berapa jam ntah aku kerja... mula kol 8 pagi Jumaat. Aku ketiduran seharian. Kol 4 terjaga tido, ...dan perut sangat lapar. Kepala hanya terbayang fish tepanyaki kat Alamanda... On the way ke Alamanda aku call ieca JPJ kut2 dia nak borak2. Kebetulan ieca free, we met kat Rasa, Alamanda. Lama gak borak sampai JPN call lagi... AFIS bingung, melayang... errr another nightmare.



Malam minggu, sementara tunggu AFIS initialize aku kuar jap lepak kat Dataran Masjid Putrajaya. Ada pameran seni, ...dan aku ronda2 sekitar pameran tu. Lastly, aku stop by khemah Kumpulan Keroncong Putrajaya. Layan gak kumpulan ni perform, sambil nikmati keunikan muzik kecorong. Teknik vokal pun lain lah...

Lagu 'jangan pisahkan' yang dikeroncongkan


Suke tengok pak cik nih... layannnnn!!!!


Malam tu juga ada persembahan water screen... very very da superb. Tak reti nak cerita kat sini. Nanti I'll upload video 'water screen'...