: : nasi roket : :


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Belum ada cerita lagi sekembali dari Seri Negeri. Cuma nak kongsi gambar nasi roket yang dihidangkan semasa kenduri di rumah pada 20 Disember lalu...

Beras yang di'lengat' kali pertama akan mengambil masa lebih kurang sejam. Yang ke dua pula 45 minit sahaja. Dulu2 guna kayu api sebagai bahan api, tapi sekarang ni dah guna gas masak. Dari pemerhatian saya lah, orang2 tua kat kampung masih menungguli masak nasi roket nih. Haru tu hanya nampak seorang saja golongan pertengahan yang membantu. Insha allah dia dapat meneruskan tradisi nasi roket ni.

Kelebihan nasi roket nih satunya tak berkerak, ke dua pula baunya agak wangi, ke tiga tak perlukan tenaga untuk 'kacau' nasi sedang mendidih.


14 comments:

floweristachantress said...

ajaib sungguh! adek, ni nasi putih biasa ke nasi lemak or what so ever ek?

FerioBiru said...

nasi putih je :D

steam je... tgk dlm kawah tu ada daun pandan untuk bau wangi

SitiNur said...

unik sungguh nasi ini.seri negeri tu kat mana Man?

FerioBiru said...

hehehe kat Langkawi

Pink Marie said...

wow besnye!

mcm penah nmpk roket ni tp rasa dia masak lain, bkn nasik. ape eh?
tray donut ke? hik

FerioBiru said...

:))boleh cuba... sebab steam je

Zu said...

mcm mana boleh tak berkerak ekk???
ari ni br tau ada nasi roket:D

Unknown said...

tuh ah...mesti tak berkerak...macam ala2 nasi lemak stim la jadinya. kan?

Mademoiselle Cynicleopetra said...

orang sumatera...nasi depa semua steam ...dulu masa maid momi...hermie...dia elalu buatkan nasi steam nih dengn daun pisang dan daun pandan...ala rindu pula...nasinya amat sedap kalau di makan hanya dengan ikan kering...aduhaiiii kecir liuq...

Dory said...

pas makan nasi ni leh terobang x?

FerioBiru said...

zu... nasi berkerak kalo masak guna periuk je kan...

ck-- nasi lemak kukus ke?

mommi--makan berapa kali tambah pun ntah, sebab kat sana skrg ni panas dan angin timur yang kering siang dan malam. masa ni lah tak perlu ada kipas dan ekon

dory-- hahaha... boleh la nak cuba makan atas tikar terbang laksamana do re mi :))

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Soalan untuk hari ini, "Nasik dalam talam mana satukah yg akan masak dahulu?"

Selamat menjawab...

FerioBiru said...

hari tu tengok... semua talam masak serentak je

Zu said...

apa la nabil ni:D