Quotation of the Day

: : t.a.k.d.e. p.e.2.l.a.h. : :

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….

Sumber : peti e-mel

11 comments:

Kakak Tiri said...

Best!! I nak copy. Boleh frame kasi hadiah kat orang. Tak pun simpan untuk diri sendiri je ye tak Man?!

lil^RED799 said...

indeed! thanx

SilverFerio said...

mem... saya pun copy dari peti e-mel juga nih... takdak hal

Si Tukang Karut said...

tapi musykil bab rangkap 'Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya..'

mcm ayat nih tak berapa best...tak kene lah...nanti kalau mak buntu sape pulak nak fitnah mak...

buntu dalam erti kata ada masaalah dan tidak dapat berfikir...org ada masaalah kita tambah masaalah ke?

'Kerana apabila dia buntu, mungkin ada yang memfitnahnya..kot?'

...agak-agak nih cantik tak?...hahahah cam cikgu bedah lak mak...uwahahahaha wat bodohlah gan mak nih sajerlah...takde keje...LOL

Warnawanie said...

nak pinjam peti emel kamu buleh? :-P

SilverFerio said...

agaknya la... kena ramai bersahabat lah kut... bila ramai sahabat banyak ilmu, bila sahabat yang satu buntu, sama2lah kita bantu... maka samalah terlepas dari jalan sesat

yaya|azura said...

azman, azura suka bersahabat dengan kamu kerana kamu mahu belanja azura aiskrim NZN. :D

Hanamichi_Sakuragi said...

salam man......kamu kwn aku tak???? hehehhe

SilverFerio said...

*khinggg.... kawan smpai mati zu

Gee said...

best lah ni adek..

SilverFerio said...

untuk kita semua... ;)