: : r.i.l.e.k.s. j.a.p. : :



During frightening situations, a person’s heart rate, blood pressure, breathing and muscle tension will rise. Such a physical response may lead to permanent and harmful changes in our body-such as heart disease or even certain cancers.

The relaxation response can help to reduce harmful stress-related changes to one’s own body. The mind has the capability to slow down the heart rate when it is increased to an elevated level. It is important to avoid getting stressed as much as possible. The best way to achieve this is to practice relaxation techniques.




  • Meditation
  • Guided Imagery
  • Taking slow, deep breaths
  • Mindfulness
  • Muscle Relaxation
  • Yoga
  • Tai Chi

People who participated in a stress-reduction program, reported to have experienced the following benefits:

  • Increase in concentration and awareness
  • More restful sleep and improved immunity
  • Improved performance and efficiency
  • Freedom from compulsive worrying and negative thoughts
  • Decreased symptoms of stress & anxiety

: : t.e.r.l.e.b.i.h. s.u.d.a.h. : :

plan asal nak tengok Bank Job, tapi bank dah penuh
tukar plan nak tengok Kung Fu Panda, penuh juga
tukar lagi nak tengok The Happening. penuh juga

plan asal Bank Job dah tukar jadi xtvt Perut Job







: : t.a.k.d.e. p.e.2.l.a.h. : :

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….

Sumber : peti e-mel

: : j.a.p.a.n. g.t. : :

Malam tadi Kid call around 11 pm ajak pegi AKARKARYA di DU. Dia nak prektis Rentak Juara show malam ni kat Stadium Melawati. Lama juga aku melepak sambil tengok depa prektis sampai tiga pagi.

Studio AKARKARYA ni milik Acis & Shiela Majid. Kalau nak tunggu lama kat sini tak de la boring mana sebab ada bilik khas utk melepak dan boleh tengok apa org buat dalam studio tu. Malam tadi boleh juga layan Euro 2008 Belanda lawan Russia. Tahniah untuk Russia boleh masuk separuh akhir.

Hari ni aku plan nak ke Litar Sepang tengok 'ciken' Japan GT. Tapi terbangun sangat lewat :d

: : h.i.j.a.u. k.u.n.i.n.g. : :

TAHNIAH UNTUK KEDAH JUARA "TM PIALA FA 2008"

yakinkanla diri sendiri,
berjuangla sejiwa murni,
tekun berani sesungguh hati,
demi sukan mengharum negeri

biar jasad jadi kenangan,
hijau kuning lambang kemegahan,
jelapang padi tempat sanjungan,
negeri KEDAH DARUL AMAN..

kedah, kedah pantang kalah,
walau sakit jatuh dan rebah,
bangun lantas semula gagah,
bujur lalu melintang patah..

hijau,kuning tanahku,
darulaman negeriku,
hijau kuning tanahku,
negeri kedah, negeriku...


jom dengar lagu dulu



Hijau Kuning Kedah - The Official

: : h.e.p.i. b.e.z.d.a.y. : :

Forgot lah to wish happy besday to myself. Masa terlalu pantas... :d so aku pun ambil kesempatan yang masih ada to wish myself HAPPY BELATED BIRTHDAY. I am 36 oredi, thank you Allah, thank you my parents, thank you my siblings, thank you my friends. Kalau tak kerana kamu semua, aku entah di mana...

Here a few birthday presents from Sir Cemen... "THANKS BRO"

bola kristal sempena euro 2008 hehehe

: : s.e.l.a.m.a.t. p.e.n.g.a.n.t.i.n. b.a.r.u. : :



ZULAIKHA & SHAMEER
"SEMOGA BAHAGIA KEKAL SELAMANYA"

: : b.a.w.a. b.e.r.t.e.n.a.n.g. : :

Jika anda melihat teman anda marah-marah dan berbicara dengan kata-kata yang tidak pantas diucapkan, bersabarlah sejenak, sebab setan telah mengalahkannya dan ia tengah naik pitam.

Jika anda peduli dengan tingkah dan perilakunya, sebenarnya anda telah bertindak seperti orang cerdas yang melayani orang gila atau seperti orang yang sadar dan waras mencaci maki orang yg pingsan.

Yang seharusnya anda lakukan adalah menatapnya dengan mata hati yang sejuk, penuh kasih sayang, dan berusaha mengerti apa yang sedang menimpa dirinya, serta berusaha melepaskannya dari jerat tabiat yang tidak pantas. Sepatutnya anda pun mengerti, jika ia sadar akan apa yang diucapkannya, pastilah ia akan menyesalinya. Anda akan mengerti keutamaan sabar. Dengan demikian, setidaknya, anda telah menyelamatkan dari tindakan-tindakan yang tidak terkendali, sehingga akhirnya ia bisa berfikir tenang.

Hal itu juga hendaknya menjadi perhatian seorang anak tatkala ayahnya marah, atau seorang istri tatkala suaminya marah. Hendaklah ia membiarkannya berkata apa adanya dna tak usahlah menyanggah dan banyak membantah. Hasilnya akan tampak setelah itu. Ia akan menyesal dan pasti meminta maaf. Jika istri atau anak melayani kemarahannya, yang muncul justru permusuhan dna pertengkaran serta pertikaian yang lebih jauh.

Kebanyakan manusia tak mampu menempuh cara yang saya sarankan itu. Tatkala melihat orang lain marah, mereka meladeninya dengan perilaku yang sama. Sebenarnya tindakan itu tidak mengandung hikmah. Yang penuh hikmah adalah apa yang disarankan tadi. Sambutlah kemarahan itu dengan kepala dingin. Hanya orang-orang yang mengertilah yang bisa menangkap apa yang menjadi tujuan ucapan saya.

Imam Al-Jauziy

: : s.e.k.a.l.i. s.e.k.a.l.a. : :

Dah agak lama aku tak jejak kaki ke JPN. Hari ni awal pagi aku masuk JPN sebab ada meeting sebelah petang. Bila kat JPN nih... memang serabut otak sebab banyak benda nak kena tengok. Sepatutnya memang kena tengok tiap2 hari pun. Cuma dalam sibuk di Bukit Jelutong, boss macam bagi excuse kat aku. Boss memang tak banyak sangat kacau aku since dia suruh fokus kat Bukit Jelutong.Tq boss...

Kebetulan hari ni aku kat JPN ada la tiga org bosses JPN yang tegur... lama tak nampak. Ada juga yang update status sistem, problem... tapi kebetulan hari ni memang ada problem pun. Aduhhhh... tak dapat la nak balik awal selagi problem tak solve. Mem yang own the sistem tu bagitau aku dengan sopan santun siap senyum2 lagi tak de la stress mana kan... tapi aku le kena pastikan problem tu solve. Tak bermakna da senyum2, problem tu tak serius. Memang serius nih... aku kena stayback sampai siap. Huk huk huk... Aku rasa kalo dgn boss lain dah kena fire awal2 lagi dah... Alhamdulillah... semangat sket aku nak stayback malam nih. Sebelum2 ni pun apa dia nak aku ikutkan saja, biarlah mudah sikit urusan2 lepas ni. Aku rasa its work now :) tapi hati tetap berdebar selagi problem tak solve...

OK mau sambung kerja... tata titi tutu...

: : s.e.l.a.m.a.t. h.a.r.i. b.a.p.a. : :

Di matamu masih tersimpan
Selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat
Di keningmu

Kau nampak tua dan lelah
Keringat mengucur deras
Namun kau tetap tabah

Meski nafasmu kadang tersengal
Memikul beban yang makin sarat
Kau tetap bertahan

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar legam terbakar matahari
Kini kurus dan terbungkuk ehemm

Namun semangat tak pernah pudar
Meski langkahmu kadang gemetar
Kau tetap setia

Ayah dalam hening sepi kurindu
Untuk menuai padi milik kita
Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang banyak menanggung beban

: : l.a.g.u. p.o.k. d.o.g.o.l. : :

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana

Apa hikmah tersemat di balik perintah!
Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji

Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

Langgam Dogol langgam keramat
Bisik-bisik dalam kelambu
Lagak bodoh tapi tapi bersengat
Sambil elak (bila ngelik ) dia main siku

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !

Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh
Bersambunglah petir (litar) berdentum dentam
Hujan tak turun laut berlimpahan

Asyik (ghalik) merancang dendam seribu malam
Siang menerang semakin berganda rawan
(koho sie koho bergande rawe)
Keronsang terlekat kerana peniti
Hujan pelangi pula sebabkan igauan

Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan
Dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang



m nasir - langgam pak dogol.mp3 -

: : m.e.m. a.l.u.y.a.h. : :

1st time jumpa mem aluyah : : 14 April 2007

: : a nite to remember : :
aku dgn beberapa kawan NIOSH pegi tengok wayang kat Mines. dalam sibuk kat Mines, ada suara wanita panggil 'Man'. tapi aku tak fikir utk aku, mungkin org lain.
bila dah lama kenal mem aluyah, baru aku tau wanita yang panggil nama aku adalah mem :))
: : unforgetable lunch : :
lunch kat seri suria. pucuk ubi rebus, sambal, budu, pisang & sagu.
sorry mem boh gambar nih. sorry mem sebab tak dapat nak raikan mem bersama penduduk kg seri 360 yang lain. sorry mem sebab tak dapat bersama-sama mem ke KLIA. tatapi jalinan persahabatan kita tetap kukuh dalam hati.
jika umur panjang kita jumpa lagi. take care mem aluyah...

: : t.i.p. o.f. b.o.r.n.e.o. : :

Khamis lepas 5 Jun 2008 aku dan Amir went to movie Indiana Jones kat Mines. Habis show TT kat Amirali sampai kol 4 am. Biasa la petrol naik lagi, so macam2 kami borak dari harga minyak sampai la apa nak kena buat. We came out wit a few good idea ;)

Pic kat atas tu 'tip of Borneo' di Kudat Sabah. Amir kawan aku dah penah sampai. Tapi tak de plak dia dapat cert. mcm panjat Gunung Kinabalu atau Tanjung Piai kat Johor. Lebih kurang 200km from KK. Aku pun ingat nak pegi gak kalau berpeluang ke Sabah nanti.. Tip of Borneo, Lembah Danum, naik tren North Borneo Railway emmm apa lagi yer :?

Pic from Kudat Travel Guide

: : j.o.m. m.a.k.a.n. t.a.u.g.e.h. : :

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.


Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.


Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.


Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.


Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Sumber: mail.yahoo.com

: : s.a.j.a. n.a.k. u.p.d.a.t.e. : :

disalin daripada Honda Owners Club

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik.

maka bertanyalah saya pd wanita tue,
"akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..
"tp td akak tekan butang 2 dan 4"
tanya saya lagi tak puas ati..

"astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...

: : p.e.r.t.e.m.u.a.n. : :

Sedar tak sedar aku memang sangat bz skrg ni. aku kena bagi seratus persen komitmen untuk UAT esok.

Petang semalam 2 June, sahabat aku call ajak minum. Maklumlah dah hampir setahun kami tak jumpa. Dia kena pindah ke Sabah. Tengah hari semalam kawan dari NIOSH Bintulu call, dia on the way ke Bangi, ajak dinner. Seronok dan serba salah sebab aku hanya boleh berjumpa salah sorang dalam satu masa. Pe2 pun aku jumpa Amir dulu lah... bagi bos Bintulu rest dulu.

Cepat2 aku siapkan kerja, dan memecutkan silverferio aku laju dari speedlimit lebuh raya. Sempat juga berjumpa Amir sambil minum teh o, teh tarik dan makan tosei. Panjang juga berborak. Macam2 topik, tapi aku lebih tertarik dengan cerita pengalaman Amir di Sabah.

Petang tadi bos Bintulu sms, dia habis kerja kol 5pm. Aku pun cepat2 siapkan kerja dan memecutkan silverferio aku sekali lagi ke Bangi. Bos ajak temankan pi MV. Dia nak cari perfume. Banyak seyyy dia shopping. Yang penting bos belanja aku kat Chilis sempena birthday aku tak lama lagi. Sepatutnya kali ni turn aku belanja dia. Lepas tu nak tengok wayang cerita Narnia. Teket jam 10.30 pm dah lewat sangat. Tak jadi lah, kami masuk ke Indian festival kat MVECC. Bos shopping lagi barang2 untuk deko rumah barunya. Sempat la aku tanya harga kain sari yang cantik itu. Seratus ringgit semeter, sangat cantik.

*aku terfikir : mengapa kamu terlalu sombong? mengapu kamu terlalu pentingkan diri sendiri? mengapa kamu... itu, ini, bla... bla... haaa lu fikir lah sendiri :))

: : j.j.c.m. : :

Jalan jalan cari makan hari ni ke lokasi tepi jalan, depan komplek sukan Bandar Baru Bangi. Warung cendol tepi jalan... menu kat sini simple saja. Cendol biasa, rojak dan rojak mee.


dah 5, 6 kali suap tetiba aku teringat. Aku makan cendol ker, ais kepal bersantan? kuis punya kuis... cendol dia sikit sangat lah... so 'pangkah'...

: : s.a.h.a.r.e.n.a.m. : :

hehehe... sesaja nak wish happy birthday kat kawan aku Nang sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 36 pada hari ni 1 June. Nama dia Saharenam sempena satu haribulan enam... aku dapat tahu nape nama dia macam tu pun sebab dulu aku pernah tanya dia.
Aku kenal dia kat UTM sekitar '89-93' dan pernah menyewa serumah sekitar '96. Baru2 ni dah dapat Ir. Saharenam. Skrg ni kerjka kat TNB Kuala Terengganu. Dah berjaya memboloskan diri balik bekerja di negeri sendiri.
OK Nang... Happy Birthday. All the best & good luck.