Quotation of the Day

:: Kak Pah kebun getah ::

Dah lama juga tak hapdet. Senjak dua menjak ni memang tak tau nak hapdet apa kat sini, minggu ni plak banyak habiskan masa ngan mak cik2 dari Langkawi. Hari ni depa dah balik, tapi depa plan nak bermalam di dusun Makam Di Raja... hajat di hati nak balik sama2... tapi hati di hati, mcm mana? kalau hati di kaki... memang dah ikut juga :))
Dalam sibuk2 yang macam2 tu, malam tadi pi tengok wayang cerita Jangan Pandang Belakang Congkak. Filem ni seram2 kelakar giler. Gelak sakan jugak la riuh rendah dalam panggung. Lisa Surihani pegang watak Mastika... anggun berkebaya ketat dan jahat. Sebelah aku ni sorang perempaun asyik terkujat je... loncat2, jerit2, tutup muka... aku gelak tgk aksi dia... semacam x-housemate bila tgk cerita seram.
Rembang tadi sempat jalan2 kat kawasan industri Bangi. Singgah makan laksa Kedah kat warung Kak Pah Kebun Getah. Seronok je makan laksa kat situ, makan bawah pokok getah. Walau hari panas, tapi sejuk dan nyaman. Laksa pun sedap! kuah laksa nampak ceroi je bila dah kacau2 barulah pekat. Kuah laksa Kak Pah ni, dia perangat dalam tempayan. Cendoi dia pun sempoi saja, tapi sedap juga! Pendek kata semua sedap lah. Aku bagi 4 bintang [* * * *] Mee rebus pun ada, bihun sup ada juga...




Hujung bulan ni nak tengok Transformers-revenge of the fallen. T-shirt pun dah beli dah... nak ambil mood lah katakan :D


7 comments:

<< s| tED| >> said...

kat melaka ni.. ada kedai makan dalam ladang kelapa sawit.. dan ada juga dalam pokok getah!!

WahaiCerminHikmat said...

kalau lah kak pah nih dekat ...takyahlah susah2 momi kene masak...

restorant dlm hutan best takyah bayar sewa ya?

Armando De Luca said...

heheheh... ada nyamuk tak?

NaD said...

makan sorang2 mana syok Baman!

Armando De Luca said...

tapi ramai org mkn kat situ ;)

Mem Aluya said...

Pernah juga dengar pasal tempat makan laksa ke cendol sedap kat ladang sawit kat Melaka tuh.

Btw, depan Sony ada ladang getah???? Boleh celen Redup Rimba tak?

Armando De Luca said...

boleh kut mem... tgk bisnes dia laris je, sebab lokasi kut. dari sudut rasa... masing2 ada kelebihan