: : aktifkan pagi-pagi ku : :

Pengambilan sarapan pagi sangat penting di dalam rutin harian bagi memastikan tubuh dibekalkan tenaga di kala waktu pagi. Bagi memenuhi keperluan tubuh dengan pelbagai nutrisi pada waktu pagi, ambilah nutrisi lengkap seperti kalsium, tenaga dan serat terlarut.

Serat Manna yang terkandung dalam nutrisi lengkap merupakan sumber terbaik untuk serat terlarut. Manna juga terkenal di dalam industri pemakanan sebagai 'gam akasia' yang diperolehi daripada pokok Acacia Senegal dan Acacia dari Sudan. Pokok ini merupakan satu-satunya sumber asli serat diet terlarut. Ia telah disahkan oleh WHO sebagai ADI (Pengambilan Harian Diterima/Acceptable Daily Intake). Serat Manna ini mengandungi setinggi 86.6% serat terlarut asli yang penting untuk tubuh badan. Serat diet terlarut ini bagus untuk pergerakan usus dan menolong menghalang sembelit serta cirit-birit. Kajian juga menunjukkan diet terlarut membantu dalam mengurangkan hipertensi dan risiko sakit jantung dengan membaiki tindak balas glukos.

Kebaikan serat Manna ini juga ada dinyatakan di dalam Al Quran di mana 'manna' sama maksud dengan perkataan Arab 'Thoyyiba' (benda yang baik-baik). Ramuan tambahan lain pula ialah kalsium susu untuk tulang dan gigi serta vitamin B1, B3 dan B6. Nutrisi lengkap sarapan pagi perlu mengandungi bijirin dan oat bagi membantu menurunkan paras kolestrol, membaiki peredaran darah, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan tindak balas sistem imun. Selain itu kandungan inulin dan oligofruktos pula penting untuk kesihatan usus manusia.

Khutub Khanah : CNInews

4 comments:

Zu said...

Aktifkan x-pax anda:D

FerioBiru said...

mcm mana?

Mademoiselle Cynicleopetra said...

mommi pun ada 4 pax nih....ketulan babat...LOL adeh tergelak pulak pagi2 nih...

FerioBiru said...

kena tambah lagi lah mommi... jadi 6