"Dalam dunia hanya terdapat dua jenis nasib dan dua jenis pemikiran yang membentuk dua jenis manusia" ~ Cikgu Gan
Manusia jenis pertama ialah peneroka kehidupan yang optimis serta berani menetapkan matlamat dan bertindak proaktif untuk mencapai matlamatnya. Dia memahami bahawa dia akan menghadapi masalah dengan dua kemungkinan, gagal atau berjaya. Tetapi dengan pelajaran, pemikiran, tunjuk ajar, kecekalan, ilmu, kesedaran, kemahiran dan keyakinan, dia tetap maju dan akhirnya berjaya.
Manusia jenis kedua takut berimpian serta tidak berani menerima peluang, malah membazirkan peluang. Dia takut untuk merancang dan hanya menunggu kesenangan. Dia sentiasa merungut dan menyalahkan Tuhan, berhasad dengki, tiada kemajuan hidup dan dia lemah. Masa hadapannya gelap dan hidupnya tidak bermakna. Akhirnya dia hidup dalam ketakutan dan kegelisahan.
No comments:
Post a Comment