:: kampung seri 360 ::

Saja nak meriak ngan baju-t kampung kita nih. Dan atas permintaan Mem Aluyah nak tengok snowcap [mommi].
Keroppi ijau dua eko kat kosi tu Jazz bagi lama dah. Ni baru la berpeluang masuk blog he he he ...

:: hilang ::

Apa yang hilang? Jangan panik! Aku kena culik dua hari satu malam ke selatan Tanah Melayu. Tapi muke tak macam kena culik kan... happy je :D
Gadis gadis penculik.

:: jiran baru ::



First time jumpa dah mesra. Tapi lom tau nama... 'belalang' pun ok gak kan...

:: muhasabah diri: Sacarstic ::

Musti ada salah laku atau kata.
Mungkin juga aku tak sedar atas salah laku dan kata, level amatur (rookie).
Sebelum ia sebati dalam hati, aku... aku... aku... (huaa huaa huaarrghhh... gagap di situ)

:: apa sudah jadi ::

Baru kejap tadi nak masuk laman sesawang Universiti Utara Malaysia. Tetiba jadi macam ni. Amsterdemmmm!!!

:: untuk kita semua ::

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg makan taik idong sendiri :))

:: pelangi ::

Sinaranmu terlukis indah
Lingkungan warna-warni
Terbentuk di langit
Namun ditiup sang bayu
Tenang di langit biru

Ada kalanya kau menjelma
Apabila suria memancar
Keatas kabus dingin
Engkau menjelma
Pabila gerimis
Menghentikan taburan

Pelangi kau indah tak terkata
Tenang bila direnung
Oh oh pelangi pelangi
Pelangi, ku cuba tak berdaya

Sang suria memancar terang
Bayu bertiup segar
Kau terlukis di langit
Tersusun indah
Pabila gerimis
Menghentikan taburan


:: Pak Mad ::



:: super mini gath @Kg Baru ::

Ptg semalam lepas balik dari makan laksa Kak Pah tertinggal henpon dalam keta. Tengah2 housekeeping, rearrange bilik, mop lantai cari2 gak mana la henpon ni. Malam plak dah tak pegi mana2... kalau sape2 sms/call nasib la.



Pagi tadi nak kuar breakfast baru la tgk henpon. 2 sms je... Zu KK ngan sorg kawan. Lepas tu hello kawan2 yang terlintas dalam kepala je. Nak ajak dinner ngan Zu. Sib baik Mek & PL available. Dapat la entertain tetamu dari jauh. Sesaja nak test gigi baru Mek... aku oda satey 20 cucuk. OK... berbaloi lah Mek banje mahal2 utk gigi dia.



Sambil makan2 minum sempat juga bagi idea kat Mek - event manager kampung kita tu... pelancaran dan penyerahan pakaian rasmi kampung kita [alaaa... tshirt yang dah siap tu dan majlis berbuka puasa]. Lepas ni muka Mek kuar dalam sotkaba, megazine lagi la... tapi aku tak kecit ati pun. Apa ada hal!!!

Lepas makan dan sebelum bersurai, kami sempat petik gambo nih.
[jarang ada anak Melayu bergambar mcm ni]

:: Kak Pah kebun getah ::

Dah lama juga tak hapdet. Senjak dua menjak ni memang tak tau nak hapdet apa kat sini, minggu ni plak banyak habiskan masa ngan mak cik2 dari Langkawi. Hari ni depa dah balik, tapi depa plan nak bermalam di dusun Makam Di Raja... hajat di hati nak balik sama2... tapi hati di hati, mcm mana? kalau hati di kaki... memang dah ikut juga :))
Dalam sibuk2 yang macam2 tu, malam tadi pi tengok wayang cerita Jangan Pandang Belakang Congkak. Filem ni seram2 kelakar giler. Gelak sakan jugak la riuh rendah dalam panggung. Lisa Surihani pegang watak Mastika... anggun berkebaya ketat dan jahat. Sebelah aku ni sorang perempaun asyik terkujat je... loncat2, jerit2, tutup muka... aku gelak tgk aksi dia... semacam x-housemate bila tgk cerita seram.
Rembang tadi sempat jalan2 kat kawasan industri Bangi. Singgah makan laksa Kedah kat warung Kak Pah Kebun Getah. Seronok je makan laksa kat situ, makan bawah pokok getah. Walau hari panas, tapi sejuk dan nyaman. Laksa pun sedap! kuah laksa nampak ceroi je bila dah kacau2 barulah pekat. Kuah laksa Kak Pah ni, dia perangat dalam tempayan. Cendoi dia pun sempoi saja, tapi sedap juga! Pendek kata semua sedap lah. Aku bagi 4 bintang [* * * *] Mee rebus pun ada, bihun sup ada juga...




Hujung bulan ni nak tengok Transformers-revenge of the fallen. T-shirt pun dah beli dah... nak ambil mood lah katakan :D