
Tadi makan pisang sedekah kat surau, kebetulan sampai awal dapat la merasa pisang tu. Terubat dendam kesumat tengok pisang kat blog Azura. Tersengguk-sengguk kepala dengar khutbah Jumaat. Entah banyak mana mesej yang lost… hehehe
Lepas solat, terasa nak makan ayam dadah Sg Chuah. Ramainya umat manusia kat Restoran Pak Lang / Mak Lang. Memang begitu suasana restoran lepas solat Jumaat. Nasib aku agak baik, semua tak dirancang meja saudara aku ada kosong lagi. Pertemuan tak dirancang.
Sekarang ni dah kat opis. Masih panjang waktu kerja untuk dihabiskan sebab kol anam nanti ada hardware migration. Harap2 task ni sukses, kalau sukses jam Sembilan malam dah boleh balik.
Pagi esok ada checkpoint meeting lagi.
Cerita balik kampong pun lum sempat nak hapdet…