:: helloooo i'm alive ::
Yeah... memang dah lama pun tak buat entry baru... Kalau nak ikutkan Awal Ramadhan nak buat satu entry, pastu tu tiap2 hari pun nak buat entry, dan merdeka pun nak buat entry has... Akhirnya... malam ni, sebelum melelapkan mata... cuba jugak la buat satu entry sebagai penghangat. Ramadhan kali ni, tak seperti Ramadhan sebelum2 ni... hampir tiap2 petang bila balik kerja, singgah kejap kat stall air tebu housemate @Sec 7. Tolong dia jual air tebu. Tak sampai hati on the way nak balik umah nampak dia sorg2 jual air tebu, singgah juga tolong apa yang patut. Bila waktu berbuka, kami berbuka sama2 kat Restoran Belauk. Kat situ memang banyak pilihan lauk dan kuih.
Bulan Ramadhan ni juga, kuarga di Langkawi kena buka puasa kat dewan sekolah sebab rumah banjir. Kesian juga kat mak, bapa & tok. Tapi tiap kali call mak, bila dengar suara dia... macam happy bercerita. Tapi perasaan dia tentulah lain... bila dlm keadaan mcm tu... tak ada anak2 yang dekat dengannya boleh bagi bantuan tenaga dan perhatian. Tak lama lagi hari jadi mak...
Tetamu malam pulak sekarang ni tiap2 malam akan bersahur depan pintu. Lepas tu tidur lena... entah apa yang dimimpikan.
Sempena Kemerdekaan Malaysia ke 52... masih mencari cari belenggu apakah yang masih merantai diri. Tak lupa juga selamat hari jadi buat rakan sekuliah UKM 2003-2006 Tengku Siti Fatimah... moga kamu terus sukses.
Dalam bulan Ramadhan ni dah dua kali sistem problem disebabkan human error. Tak kan la puasa sampai terpeleot kut... agak2 la sampai jangan susahkan ramai orang. Jum kerja elok2...
Apa lagi ya... hmmm tiket nak balik raya pun dah dapat. Cukup la sekali pengalaman beraya dengan VVIP di PWTC. Tak banyak yang boleh kongsi cerita, tak macam beraya di kampung yang ramai sanak saudara dan rakan taulan. Semua pun banyak cerita yang boleh dikongsi. Ada ketupat palas tok :-bd
daa....
Subscribe to:
Posts (Atom)