Bismillah....
Sila masuk. Inilah rumah baru saya 'forgotten island'. Nama ni sempena sebuah pulau khayalan oleh Pak Yusoff. Pertemuan kali pertama dan mungkin terakhir dengan Pak Yusoff adalah di Warta Bangi sekitar tahun 2005. Seorang sahabat telah perkenalkan outlet Pak Yusoff kepada aku. Outlet beliau menjual cenderahati unik, all items hanya 1 pc, mostly hand made oleh students UKM, MFI...
Kebetulan aku mencari hadiah hari jadi untuk kawan. Kebetulan juga hari itu, Pak Yusoff sendiri menjaga outletnya. Sapa menyapalah kami, membuahkan topik menarik berkisar media, filem, iklan, langkawi & lukisan bertajuk 'forgotten island'...
Sementara menunggu Pak Yusoff membalut hadiah, kami bercerita pasal filem pertama beliau 'Tsu Feh Sofia' correct me if I am wrong. Pak Yusoff menceritakan pengalaman-pengalaman beliau sepanjang penggambaran filem tersebut. Filem ini adalah filem pertama dan filem terakhir beliau. Pak Yusoff lebih berminat dalam pengiklanan dan dokumentari.
Aku ternampak satu lukisan pada sekeping batu marmar. Aku tanyakan kepada Pak Yusoff kenapa 'forgotten island'? Begini caritanya... sewaktu dalam perjalanan menaiki feri ke Langkawi, beliau ternampak sebuah pulau kecil berbatu. Kedudukan pulau batu kecil terlalu hampir dengan pulau besar. Sekali pandang memang orang tak akan perasan pulau batu kecil tersebut. Selesai saja penggambaran filem Tsu Feh Sofia, Pak Yusoff memulakan lukisan 'forgotten island' pada batu marmar. Begitulah kisah 'forgotten island' adanya.
Banyak juga Pak Yusoff menceritakan pengalaman beliau kepada aku. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon. Aku pernah juga ber'sms' dengan beliau seketika dulu. Tapi kami terputus hubungan, outlet Pak Yusoff pun sudah tiada lagi di Warta Bangi. Nombor telefon Pak Yusoff pun hilang entah ke mana.
Entah macam mana aku boleh ingat semula Pak Yosoff ketika mencari nama untuk blog baru aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Apasal tak pernah tau pun ekk, Kedai Pak Usop nih.
terpesona melihat keindahan bahasa di cipta...selamat maju jaya
lela... outlet pak usop kecik je, PL yang tunjukan dulu tu
tepon TV3. buat jejak kasih...
semoga pak yusof berada didalam keadaan sehat sejahtera...AMIN
hew hew hew nanti kasik link sama kita tawwwwww
bang mannnnn..cakk!
salam adik ku :)
oh begitulah ceritanya..ct kenai yusuf haslam dgn yusuf kelana saja..:p
Post a Comment